Tirai tahun baharu 2019 telah
disingkap. Tanpa diduga tahun baharu ini secara tiba-tiba mempopularkan kerbau
ke seantero dunia. Gambar Syukor Khamis dengan sekawan kerbaunya beredar dalam
media sosial dan menjadi bualan bukan hanya di Malaysia bahkan di seluruh
pelusuk buana setelah jurufoto yang mengambil gambar tersebut memenangi
beberapa anugerah bertaraf antarabangsa.
Anehnya gambar Syukor dengan kerbau
tersebut diambil di negeri Terengganu, yang lebih sinonim dengan nelayan, ikan
dan penyu, bukan di negeri-negeri sawah dan ladang. Namun begitulah kehendak
Yang Maha Kuasa. Apapun, peristiwa itu telah mempopularkan kembali kerbau,
setelah demikian lama orang melupainya. Generasi sekarang sudah ramai yang
tidak mengenali kerbau, apa lagi bermesra dan bergambar serta berswafoto
dengannya.
Malah ada budak-budak sekarang
yang tidak boleh bezakan antara kerbau dengan lembu. Kerbau sawah (nama sains
Bubalus bubalis) tidak sama dengan lembu (Bos taurus). Kerbau sebenarnya lebih
besar dan lebih cerdik daripada lembu. Sebab itu orang tua-tua dulu kata
"Bodoh macam lembu" tapi tak pernah ada kata-kata "Bodoh macam
kerbau". Yang ada mereka kata "Kerja penat macam kerbau", sebab
kerbau memang kuat bekerja. Kerbau digunakan untuk membajak sawah, tarik anok,
tarik kayu, bawak padi, dijadikan tunggangan di sesetengah tempat dan
sebagainya.
Kerbau juga pemalu sifatnya.
Sebab itu permanian berhadas (artificial insemination) sukar dibuat pada
kerbau. Ini kerana kerbau hanya mengawan di malam hari, itu pun apabila keadaan
sunyi sepi. Kalau ada kedengaran bunyi orang datang kerbau tak akan beromen.
Tidak seperti lembu yang tak tahu malu dan akan mengawan bila-bila masa dan di
mana saja.
Susu kerbau juga lebih sedap
daripada susu lembu. Susu kerbau ni dulu saya makan dengan nasik panas. Campur
garam secukup rasa, gaulkan dengan nasik panas, MasyaAllah, marvelous.
Oleh sebab kerbau cerdik, maka
ada bahasa kerbau. ianya adalah perkataan yang digunakan untuk mengawal kerbau
bajak di sawah. Contohnya "haih, sok, chah, paling sok, paling chah dan
sebagainya". Anda boleh ke Muzium Padi di Kedah untuk melihat
istilah-istilah bahasa kerbau ini. Tak pasti dari mana asalnya bahasa kerbau
ini. Mungkin Sanskrit, atau mungkin Latin.
Jadi setelah tularnya kisah
Syukor dengan kerbaunya, ramai nak berkunjung ke Terengganu untuk bergambar
dengan kerbau. Bagus lah. Ada yang volunteer nak berkawan dengan kerbau. Jangan
ada yang volunteer untuk jadi kerbau sudah. Dan memang tahun 2019 ini kata
orang Cina, tahun kerbau. Tapi tahun kerbau pendek....
Comments
Post a Comment