Alhamdulillah, tentunya kita
semua boleh menarik nafas lega sekarang ini.
Selepas kecoh-kecoh tanpa
kesudahan berhubung kemelut wang RM90 juta yang didakwa pernah diterima Pas
daripada DS Najib Razak serta dikaitkan dengan dana 1MDB, jalan kebenaran
nampaknya sudah mula terbentang di depan mata kita semua.
Berikutan penarikan balik saman
oleh DS Hadi Awang terhadap Sarawak Report yang kemudian membuka ruang kepada
beberapa individu membuat laporan polis, SPRM dengan pantas mengumumkan kertas
siasatan sudah pun dibuka..Malah tiga individu telah dikenalpasti untuk
dipanggil bagi direkodkan kenyataannya.
Susulannya, Pas juga turut
menyatakan keterbukaannya untuk disiasat SPRM serta berjanji akan menyerahkan
semua dokumen-dokumen berkaitan seperti penyata bank dan sebagainya.
Nik Abduh Nik Aziz pula
menyatakan pihaknya sama sekali tidak tertekan dan mengalu-ngalukan kedatangan
SPRM untuk menjalankan siasatan itu.
Cumanya, selain akaun bank Pas
dan beberapa pemimpinnya yang perlu diteliti dan disiasat, SPRM tidak harus
lupa untuk menyiasat sama Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden Pas yang
diperkatakan sebelum ini sebagai "orang tengah" dalam penyaluran wang
tersebut kepada para pemimpin Pas.
Ketika era Najib, meskipun masih
merupakan ahli Pas, Nasharuddin telah dilantik sebagai Pengerusi Yayasan
Kesederhanaan Global.
Jika benar ada sejumlah wang yang
besar dimasukkan ke akaun bank Nasharuddin, dari situ akan dapat dikesan ke
mana wang itu mengalir seterusnya.
Lagi sekali kita melihat nama
sebuah Yayasan digunakan untuk kepentingan persendirian???
Oleh kerana jumlah wang, sama ada
yang dikatakan diterimanya atau didakwa diterima oleh beberapa pemimpin Pas
yang lain itu adalah dalam jumlah yang besar, sudah tentulah ia menggunakan
sistem perbankan yang boleh dijejaki susur-galurnya dengan mudah…
Bermakna, dengan adanya siasatan
itu, jika benar Pas atau pemimpinnya ada menerima wang daripada Najib atau
UMNO, tidak ada sesiapa yang dapat mengelak daripadanya.
Begitu juga kiranya Pas dan
pemimpinnya tidak pernah menerima apa-apa wang daripada Najib atau UMNO, maka
nama mereka dengan sendirinya akan dibersihkan melalui siasatan tersebut.
SPRM juga tidak harus lupa kepada seorang lagi bekas ahli Pas, Husam Musa yang kini orang kuat PAN…Ketika di peringkat awal isu RM90 juta ini terdedah, Husam bukan
saja mengkritik dan menyerang Pas, malah mendedahkan bahawa beliau ada maklumat
yang sahih mengenai kemasukan wang tersebut.
Beliau tidak saja menyebut jumlah
wang itu bukan RM90 juta, tetapi mendakwa angka sebenarnya mencecah RM200 juta.
Lebih daripada itu, Husam juga
turut menyebut nama bank yang didakwanya digunakan untuk penyaluran wang kepada
Pas itu.
Tetapi sehingga kini beliau masih
tidak menyerahkan dokumen sahih yang didakwa dimiliknya berkaitan penyaluran
wang tersebut kepada SPRM?
Bukankah Husam sepatutnya boleh
jadi “hero” dalam isu jika beliau tampil membuat laporan kepada SPRM dan
membantu siasatan dengan menyerahkan dokumen yang didakwa dimilikinya itu?
Adakah Husam sebagai orang
politik tak mahu jadi “hero”?
Atau Husam juga…????
Seperti PAS yang yakin dengan SPRM
sebagai sebuah entiti yang berintegriti akan menjalankan tugas dan
tanggungjawabnya secara profesional dengan mengamalkan ketelusan, sikap
bermaruah serta ‘without fear or favour’, begitulah juga kami rakyat Malaysia… Kebenaran
yang akan terserlah nanti adalah adil kepada semua pihak.
Kita tengok siapa dulu yang “Chcek-In”
bilik SPRM hari ini…
Awe oh awe nok ke mano terr awe…ingak
pese tok guru terr awe wei… Jange wak sene... Hancur la harape... eh...eh...eh..Donde...Donde...Donde...Che Awe Donde...
Comments
Post a Comment