Hakim Mahkamah Rayuan, Hamid
Sultan Abu Backer yang membuat dakwaan berlakunya
salah laku termasuk aktiviti rasuah dalam kalangan hakim-hakim di negara ini, enggan
memberi sebarang maklumat kepada SPRM berhubung perkara itu.
Semalam, lima pegawai SPRM,
termasuk Timbalan Pesuruhjaya SPRM, DS Azam Baki, bertemu Hamid di kamarnya.
Bagaimanapun, media melaporkan
Hamid yang diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla dan Joy Appukuttan
enggan memberikan sebarang maklumat kepada SPRM.
Kenapa enggan memberi maklumat
kepada SPRM?
Persoalannya, adakah kelompok
kehakiman tidak boleh disentuh walaupun tindakan SPRM berdasarkan fakta dan
bukti?
Kenapakah tidak membiarkan sahaja
SPRM menjalankan tugasnya dan apa keperluan menubuhkan RCI???
Kalau benar kita benci rasuah dan
salah guna kuasa serta ada dalam kalangan mereka sering menggambarkan merekalah
paling bersih di muka bumi Allah ini, kenapakah tidak mahu membantu SPRM?
Hormatilah tugas SPRM. Agensi
tersebut menjalankan tugas dengan profesional demi melaksanakan amanah rakyat
bagi memerangi rasuah dan salah guna kuasa habis-habisan.
Janganlah bersikap hipokrit
bercakap berdegar-degar mempunyai bukti itu dan ini…tetapi apabila SPRM
bertindak terlompat-lompat pula macam kera kena belacan!
SPRM menjalankan tugasnya secara
profesional dan berhemah.
Semua tindakan dilakukan
berdasarkan peruntukan undang-undang dan sama sekali tiada kaitan dengan kepentingan
sesiapa???
Syabas SPRM, rakyat tidak sabar
untuk menanti langkah seterusnya.
Comments
Post a Comment