Cuaca panas yang melanda negara
sejak awal Januari ini dijangka berterusan sehingga Mac ini berikutan fenomena
El Nino…
Hari ini bukanlah niat KS mahu mengulas tentang cuaca di negara kita
tetapi El Nino yang melanda ‘jiwa’ Raja Petra Kamaruddin (RPK).
Mungkin kepanasan RPK sekali lagi
menyalak dari luar negara mengkritik SPRM sana sini tetapi tidak satu pun
bukti diberikan.
RPK seolah-olah menjadi hero
kononnya dia sajalah yang pandai menyelesaikan isu mengikut selera dia...
Dituduh pula agensi penyiasat
berkaitan mula ‘Tai Chi’ siasatan kepada Peguam Negara...
KS sebenar tidak gemar
menggunakan istilah sampah ini, tapi itulah selayaknya digelarkan kepada RPK kerana
tidak mendidik orang ramai malah mengelirukan mereka...
Tahukah RPK, peranan SPRM adalah
sebagai badan penyiasat rasuah, dan tidak bertanggungjawab dalam menentukan kes
yang dibicarakan di mahkamah.
SPRM hanya berperanan menyiasat
dan tugas pendakwaan terletak sepenuhnya di tangan Peguam Negara dan setiap kes
yang dikemukan adalah berasaskan penilaian Peguam Negara dan Jabatan Peguam
Negara. Tak kisahlah siapa pun dan bila disiasat, SPRM akan menyiasat
berdasarkan maklumat yang diperolehi.
Apa yang pasti SPRM membuka
kertas siasatan, tetapi sama ada ia akan berakhir dengan pendakwaan atau tidak,
ia bergantung kepada dapatan fakta kes.
Kenapa pengasingan kuasa ini
berlaku RPK? Baca betul-betul RPK supaya tidak tersilap menuduh SPRM ‘Tai Chi’
kes.
Pengasingan kuasa ini bertujuan
mengelakkan mana-mana pihak menyalahgunakan kuasa mereka. Ini boleh berlaku
jika pihak yang menyiasat juga diberikan kuasa untuk mendakwa. Apatah lagi
kalau kuasa untuk mengadili juga diberikan kepada pihak yang sama.
Kuasa mendakwa diberikan kepada
Peguam Negara dan kuasa menghukum diberikan kepada hakim atau mahkamah.
Ini dibuat supaya ada elemen
"Check and balance" atau "semak dan imbang" dalam sistem
perundangan bagi mengelak mana-mana pihak dari menyalahguna kuasa mereka untuk
menganiaya.
Maknanya kalau pihak penyiasat
mempunyai niat untuk menganiaya orang yang disiasat, maka pihak yang mendakwa
boleh menghalang niat tidak baik itu.
Kalau pihak penyiasat dan
pendakwa pula bersengkokol untuk menganiaya orang yang disiasat dengan mendakwa
orang yang disiasat itu, maka pihak mahkamah (hakim) boleh menjadi penghalang
kepada niat buruk mereka itu.
Adakah dengan mengikut peruntukan
perlembagaan ini SPRM digelar kaki ‘Tai Chi’???
Atau mungkin kebebalan RPK memang
amat sukar untuk dipulihkan.
Sebabnya mungkin RPK memang
sengaja memilih untuk jadi bebal. Benda yang tidak pelik dalam dunia politik…
Almaklumlah RPK ini hidup dalam pelarian...
Peranan blogger yang sepatutnya
menyampaikan berita sahih dan mendidik masyarakat, tapi kini lebih suka
mengapi-apikan orang ramai dengan cerita rekaan...
Tindakan menghentam SPRM adalah
sesuatu yang tidak logik.
Jadi, kepada semua di luar sana.
Fahami fungsi dan tanggungjawab sesuatu agensi sebelum meloncat seperti kera
makan belacan.
Comments
Post a Comment