Pertama-tamanya, SPRM bukan ahli
politik, mereka tidak tahu berpolitik dan SPRM bukan parti politik.
Tidak perlu membuat kenyataan
yang seolah-olah mahu memperkecilkan kewibawaan dan kemampuan agensi tersebut.
Sejujurnya KS tidak pernah berasa
terkejut dengan apa saja isu rasuah yang berlaku dalam negara ini.
SPRM jumpalah duit rasuah
setinggi Menara KLCC atau TRX sekali pun, gugurkanlah 1000 kes rasuah sekali
pun, KS tidak akan terkejut. Inilah adalah kemajuan yang dicipta dalam dunia
rasuah.
Ramai orang-orang politik rasa
tidak puas hati yang ketara dalam diri terhadap SPRM berhubung kenyataan Ketua
Pesuruhjaya agensi tersebut, DS Shukri Abdull yang mengesahkan ‘setakat ini’
tiada kemasukan dana RM90 juta daripada 1MDB ke dalam akaun rasmi Pas.
Ramai yang kata SPRM tergesa-gesa
mengeluarkan kenyataan sedemikian termasuklah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir
Mohamad sendiri.
Kalau mahu dilihat dari setiap
sudut tindakan yang telah dilaksanakan oleh SPRM sememangnya ramai berada dalam
keadaan ‘amat terkejut’.
Kenapa masih ramai yang amat terkejut dengan mempersoalkan
siasatan SPRM??? Kita memberi kepercayaan dan mandat untuk agensi itu melaksanakan
tugas mereka dengan profesional.
SPRM menjalankan siasatan
terhadap mana-mana individu atas sebarang kesalahan di bawah Akta SPRM 2009
dengan bebas, telus dan profesional serta sentiasa memelihara kerahsiaan
sesuatu maklumat atau siasatan sesuatu kes.
Jadi tidak timbul istilah Shukri
Abdull keluarkan kenyataan ‘belum masak’ dan siasatan tidak lengkap.
Dengan jelas Shukri menjelaskan …siasatan
SPRM setakat ini, memang tak ada kemasukan 90 juta duit 1MDB ke dalam akaun PAS….
Jelas??? Setakat ini…
KS percaya persoalan dakwaan
rasuah menjadi senjata golongan ahli politik untuk menjatuhkan lawan berbanding
SPRM yang perlu membuat penelitian tentang sesuatu kes di luar kerangka
kepentingan politik dan agensi itu bertindak dalam lingkungan bidang kuasa
perundangan yang dimilikinya.
Ahli politik boleh membentuk
persepsi negatif terhadap lawannya sehingga menjadi pendapat umum.
Namun percayalah SPRM tidak boleh
bertindak atas persepsi semata-mata sebaliknya berdasarkan fakta kes siasatan.
Tekanan tidak sewajarnya diletakkan
pada bahu SPRM untuk segera membuat sesuatu tangkapan atau pendakwaan. Kerana
SPRM bukan bertindak membabi buta.
Cabaran buat SPRM ialah bagaimana
untuk membuktikan pemberian dan penerimaan wang dikaitkan dengan perbuatan
rasuah. Sekiranya tiada bukti, tidakkah itu suatu menzalimi orang???
Perlu diingat, setiap tindakan
dan siasatan SPRM adalah mengikut lunas undang-undang seperti yang tertulis
dalam Akta SPRM 2009.
Apa yang harus dilakukan sekarang
ialah seluruh ahli politik dan orang ramai perlu menganggap tugas membasmi
rasuah adalah tanggungjawab bersama.
Usaha memperkasakan SPRM juga
harus diteruskan antaranya dengan mewujudkan suruhanjaya perkhidmatannya
sendiri tanpa campur tangan mana-mana pihak.
Siasatan akaun PAS selesai, tapi
akaun individu-individu yang ‘spin’ duit haram 1MDB masih dalam perhatian
SPRM…jaga-jaga lebai…jangan sampai tertanggal kopiah itu nanti… Spinlah berpuluh kali sekalipun…anda masih
diperhatikan…
SPRM perlu bebas!!!
Comments
Post a Comment