Hasrat Presiden UMNO, DS Ahmad
Zahid Hamidi untuk kembali ke pentas politik selepas hampir dua bulan bercuti
dari tugasnya tidak disambut baik netizen, malah ada yang memintanya terus
bersara.
Walaupun menghargai tindakannya
itu, kebanyakan mereka sebaliknya meminta bekas Timbalan Perdana Menteri itu
berdiam diri atau tidak bergerak menggunakan landasan parti.
Ahmad Zahid melalui status di
Facebooknya, memuat naik satu poster penganjuran satu forum yang akan
disertainya sebagai Ketua UMNO Bagan Datuk untuk mengupas kerjasama UMNO dan
PAS pada malam ini.
Forum bertajuk Kerjasama UMNO-PAS
Sejauh Mana...? itu dijadual diadakan di parlimennya di Bagan Datuk dan beliau
dijadual berkongsi pentas bersama Yang Dipertua PAS Bagan Datuk Mishabul Munir
Masduki.
Kemunculan semula Ahmad Zahid itu
bagaimanapun dilihat mengecewakan netizen berdasarkan komen yang ditinggalkan
mereka pada status poster berkenaan.
Kali terakhir beliau bercakap di
pentas politik adalah ketika mengumumkan menyerahkan tugas presiden kepada
Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan atau dikenali Tok Mat pada 18 Disember
lalu.
Ada pengguna FB, menulis;
"Please jgn kembali DSZH...skrg keadaan semakin ok... hidup mcm DSN
je...buat kerja sendiri...jika dpt sokongan tu rezeki DSZH...mohon jgn bercakap
mewakili UMNO...Biar Tok Mat wakil rasmi utk UMNO....(pandangan shj... maaf
jika terguris hati DSZH).
Turut menyokong kenyataan itu dan
meninggalkan komen; "Ya betul jgn kembali pada umno dan bn..umno dan bn dh
cukup bagus tanpa DSZH
"Berundur la bagi peluang
pada tok mat memimpin. Org dh tak nk umno bn lama..lepas la jawatan itu jgn dh
kalah PRU15 baru nk letak jawatan. Buat la demi parti letak la jawatan. Jgn
ikut hati.
"Tok mat boleh bawak UMNO
dan BN terus maju kehadapan lihat la sendiri tiga PRK UMNO kalah dalam
kepimpinan DSZH. Apabila tok mat ambil alih kemenangan satu UMNO dan BN.
"UMNO dan BN boleh menang
jika DSZH letak jawatan percaya la kata kata saya. Zahid Hamidi tolong berundur
demi parti,".
Ada juga menulis; "Zahid
Hamidi kena keluar dr politik BN kalu nak kan kemenangan... kami belum boleh
terima dia," selain Jeng Kreng berpesan; "Bersara je la DSZH utk
kebaikan UMNO.
Sabarin Wak Jahid…
Comments
Post a Comment