In a statement, Stadlen’s lawyers in London, Mishcon de Reya, issued a
statement categorically denying the charges and accusing the Malaysian
government of using Stadlen as part of their “political agenda” against Najib.
“Any charges will be strenuously resisted, as the case against him is
politically motivated and in breach of natural justice,” said Kevin Gold, a
partner at Mishcon de Reya.
“We are appalled by the actions of the Malaysian government, who today
used the media to leak that Paul Stadlen will be charged in absentia, despite
there being no such provision under Malaysian law.”
Pertuduhan terhadap Paul Stadlen
adalah agenda politik???
Bagi tuduhan pertama, Stadlen
didakwa mengarahkan pengeluaran wang dalam 27 transaksi membabitkan hasil
kegiatan haram berjumlah RM8,111,322.43 daripada akaun pelanggan firma guaman
Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.
Pengeluaran wang terbabit adalah
bertujuan untuk dibayar kepada beberapa individu dan syarikat.
Perbuatan itu didakwa dilakukan
antara Jun 2014 dan Disember 2015 mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pengubahan Wang
Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001
(AMLATFA).
Bagi tuduhan kedua pula, tertuduh
didakwa mengarahkan pengeluaran wang dalam 16 transaksi hasil kegiatan haram
berjumlah RM6,139,978.34, daripada firma guaman sama, juga untuk dibayar kepada
beberapa individu dan syarikat.
Kesalahan itu didakwa dilakukan
antara Januari dan Ogos 2015, mengikut seksyen dan akta sama. Jika sabit
kesalahan, tertuduh boleh dihukum denda maksimum RM5 juta atau penjara lima
tahun.
Stadlen, yang juga warga negara
Britain, dikatakan menghilangkan diri sejak kekalahan Najib pada Pilihan Raya
Umum Ke-14 (PRU-14) pada Mei tahun lalu.
SPRM sebelum ini mengeluarkan
kenyataan media untuk mengesan Stadlen bagi membantu siasatan dalam sebuah kes
berprofil tinggi membabitkan 1MDB.
Adakah dua pertuduhan yang
dinyatakan ini bersifat politik?
Sepatutunya firma guaman yang
mewakili, Paul Stadlen perlu membawa bekas perunding media DS Najib Razak itu
ke Malaysia bagi membantu siasatan.
Malah, firma tersebut tidak
sepatutnya mengulas kes tersebut kepada media, sebaliknya membawa lelaki
tersebut jumpa SPRM.
Malaysia ada undang-undang bro…tindakan
firma yang beranggapan Stadlen “terperangkap dalam tindak balas politik
terhadap Najib” amatlah tidak berasas.
Pertuduhan Stadlen dibuat secara tanpa
kehadiran tertuduh (in absentia) kerana kegagalan munculkan dirinya.
Sekiranya benar Stadlen tidak
bersalah, dia perlu kembali ke Malaysia untuk membuktikan semua pertuduhan “political
agenda” adalah tidak benar.
Malah tidak perlu takut sekiranya
dia mempunyai bukti yang kukuh. Inilah masa untuk dia membersihkan nama. Kalau
dia takut untuk pulang dan diadili di mahkamah, terang-terang beliau takut pada
bayang-bayangnya sendiri.
Comments
Post a Comment