Kali ini kita buat sesi curahan hati, KS gagahkan juga
untuk menaip.
Kisah viral Pegawai Komando
tumbuk anggota pengawal.
Kalau nak ikutkan, pada pendapat KS,
isu ini adalah kecik aje dan lebih bersifat 'in house'. Macam 'storms in the cup of coffee'. Tapi
disebabkan ia dah terlepas keluar, maka ramailah pejuang hak asasi yang
menyuarakan pendapat dan tidak berpuas
hati.
Mereka menganggap ia merupakan
satu tindakan keterlaluan dan sebagainya. Kita tidak boleh salahkan mereka yang
bersuara atas dasar perikemanusiaan, hak asasi dan sebagainya.
Itu pendapat dan pandangan
mereka, tak perlu nak pertikaikan dan tidak mengatakan mereka salah sebab
berlainan dengan pandangan dan pendapat.
Secara ringkasnya, KS dimaklumkan
Pegawai Komando yang berpangkat Kolonel yang disensasikan tu HE JUST A DAMN
BLOODY GOOD OFFICER. Berkarisma dan mempunyai ethos dan jati diri Pegawai
Komando yang sebenarnya. Dia bukan jenis "apple polisher", kalau dalam soal kerja, dia memang tegas dan
penuh komited tetapi dalam masa yang sama diluar sana, he is a nice gentleman.
Pada pendapat KS, Komando
perlukan 100 lagi pegawai macam Kolonel tersebut.
KS hanya tersenyum bila melihat clips yang diwar-warkan itu,
pada pendapat peribadi KS dan dari pengalaman, kalau setakat penumbuk macam
gitu, kena pada masa zaman dulu, senyum saja. Tapi disini tak payahlah kita
sensasikan lagi peristiwa itu. Bagi Den 'on the spot punishment' macam gitu not
an issue at all. Tapi perkara itu menjadi sensasi dan menggemparkan seluruh
Malaya.
Sedihnya ada pula yang nak
persoalkan SOP dan pelbagai lagi. Kalau nak ikut hati KS memang tak terlawan dengan
hujah-hujah, para "Subject Matters Experts - SME kat FB tu.
Tak cukup dengan SOP, depa mintak
dalil dan nas lagi...Situasi yang menjadi lebih buruk bila, ada geng-geng
veteran yang menukuk nambah lagi...dan dah sampai Menhan pun buat press
statement .....Bagi KS isu ini terlalu delicate dan lebih bersifat 'isu dalam
rumah'. Biarlah mereka yang di dalam tu menyelesaikan, tak perlu kita tokok
tambah dan beri pelbagai pandangan yang lebih berupa kecaman dan tomahan.
Ada juga yang pertikaikan bahawa
perbuatan itu salah dan tak perlu disokong. Dalam konteks ini isu salah atau
tidak adalah sangat subjektif.
TETAPI DALAM KOMANDO, sebagai
anggota pengawal, mesti serius, biar muka nampak ganas dan menakutkan dan
bukannya pengawal, yang mukanya berseri-seri dengan lotion quputih.
Justeru itu dalam konteks ini
kita hendaklah melihat bentuk kesalahan yang dilakukan din dalam konteks yang
lebih luas. Mungkin apa yang kita lihat sebagai satu kesalahan kecil di dalam
askar biasa, tetapi ia merupakan satu kesalahan besar dalam konteks komando.
Mengenai, on the sport punishment seperti penampau dan penumbuk , dalam komando
adalah biasa, abis situ sahaja, tak perlu nak draf kertas pertuduhan, nak dakwa
nak bicara, yang mana sudah tentu jauh berbeza dengan norma dan amalan dunia askar biasa atau dunia
koperat.
Dah nama pun komando, diberi
latihan yang berbeza , di beri elaun beribu lebih dari askar biasa, so
sudah tentu dunia kehidupannya pun
berbeza. Jadi kalau setakat kena sedas dua penampau tu, adalah biasa aje dalam
kehidupan komando, tak perlu dijadikan isu. Itu bezanya KOMANDO dengan askar
biasa dan dunia koperat. Yang sedihnya ramai pulak geng veteran yang dok
perapikan lagi isu ini . Geng Veteran sebenarnya faham, cuma mereka buat-buat tak
faham atau saja nak menunjukkan bahawa mereka ini semua pejuang tegar hak asasi
manusia, sejak berpencen nei....
Akhir sekali, kalau KS ditanya
pendapat, bagaimana menangani isu ini, satu saja pesan kepada orang luar yang
tak tahu hujung pangkal, janganlah menambah-nambah. Yang penting dalam isu ini
, siasat siapa yang viralkan clips tu,
dan kepada budak yang kena tumbuk tu, KS ucapkan tahniah, kerana bukan
senang nak kena penumbuk KOLONEL KOMANDO....!
Comments
Post a Comment