JANGAN SAMPAI DIBENCI ALLAH…



Pelbagai respon diterima apabila KP SPRM, DS Shukri Abdull yang mengesahkan ‘setakat ini’ tiada kemasukan dana RM90 juta daripada 1MDB ke dalam akaun rasmi Pas.

Pengesahan Shukri itu perlu ditelaah dari pelbagai sudut supaya kita lebih rasional...

Paling penting tidak perlulah terus melabel Shukri sebagai seorang yang emosional, pilih kasih serta prejudis terhadap siasatan...

Inilah pejuang rasuah sejati...Shukri mahu rakyat tahu kebenaran....iaitu kebenaran tentang siasatan yang dicampuri oleh penjenayah politik...

Kebenaran adalah perkara yang lebih besar dan perlu diutamakan dalam hal ini....

Jika rakyat tidak didedahkan perkara ini sekarang...sampai bila-bila rakyat terus keliru,tertanya-tanya dan lebih malang percaya kepada berita dusta... dengan fakta yang salah.

SPRM perlu penuhi kehendak rakyat yang mahu tahu kebenaran yang disorok selama ini....iaitu kebenaran tentang siasatan yang tidak dicampuri oleh penjenayah politik...

Kenapakah tidak membiarkan sahaja SPRM menjalankan tugasnya? Kalau benar semua ahli politik benci rasuah dan salah guna kuasa serta ada dalam kalangan mereka sering menggambarkan merekalah paling bersih di muka bumi Allah ini, kenapakah mahu mengganggu tindakan SPRM?

Kenapakah mahu memberi tekanan kepada agensi itu seolah-olah apa yang sedang dilakukan oleh SPRM tidak betul?

Oleh itu, kepada semua tidak kira siapa pun mereka, hormatilah tugas SPRM.

Tidak kira ahli politik pemerintah mahupun pembangkang, semuanya tidak akan terlepas jika terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa.

Agenda jahat tersebut tidak boleh dibiarkan berjaya kerana ia akan memusnahkan impian serta harapan rakyat yang kini begitu menyanjungi ketegasan SPRM.

Barangkali ada yang cenderung untuk menganggap SPRM tidak berani bertindak terhadap jerung daripada kalangan orang politik, tetapi kata orang, berat mata memandang berat lagi bahu memikul.


Jadi adakah perkara seumpama ini kita boleh kata SPRM sambil lewa dalam menangani isu rasuah?..atau SPRM pilih kasih???

Cerminlah diri kita terlebih dahulu, apakah pengorbanan yang paling besar pernah kita lakukan demi memerangi rasuah atau membantu negara??..,

Kepada SPRM teruskan usaha anda… biarlah dicerca dimaki…dikeji oleh najis politik, asalkan jangan dihina dan dibenci oleh ALLAH SWT…Ingatlah Allah sentiasa bersama…

Comments