Apakah yang kita harapkan
daripada sesebuah kerajaan atau pemerintahan?
Di mana pun kita hidup, sebagai
rakyat kita mengharapkan sebuah kerajaan yang adil, telus, cakna rakyat,
progresif, dan cekap.
Kita mengharapkan kerajaan yang
mampu membawa kemakmuran kepada negara dan rakyatnya dalam segenap segi.
Inilah harapan rakyat sama ada
rakyat itu menganut agama Islam atau apa agama sekali pun.
Kalau kita mengkaji sejarah
silam, kesemua perkara yang disenaraikan tadi telah mampu disediakan oleh
sebuah kerajaan yang ditadbirkan secara Islamik.
Bila disebut kerajaan islamik
bukan bererti kerajaan negara majoriti umat Islam (seperti Malaysia dan
seumpamanya) atau negara yang isytiharkan dirinya sbg negara Islam (seperti
Republik Islam Iran dan seumpamanya), tetapi kerajaan Islamik merujuk kpd
negara yang mempunyai ciri2 yang disenaraikan tadi.
Kerajaan Islamik merujuk kpd
kerajaan yang mampu membuatkan rakyatnya berasa selamat tinggal di bawah
pemerintahannya dalam semua segi iaitu selamat secara sosial, ekonomi,
persekitaran, dan spiritual.
Hari ini banyak negara
Scandinavia lebih Islamik pemerintahannya berbanding 'negara Islam' sendiri.
Itulah yang kita harapkan di negara kita yang tercinta ini.
Justeru kita mengharapkan
pemimpin kita di semua peringkat supaya berusaha mengislamkan politik, bukan
mempolitikkan Islam seperti yang berlaku sekarang...
Comments
Post a Comment