BERANI KERANA BENAR…TAKUT PULA TENTULAH BERSALAH!!!



Di negara ini kononnya tidak ada kebebasan media lalu dia mengendalikan laman web Malaysia Today. Dia sebagai pengarang sekaligus wartawan yang memuatkan artikel dalam laman web berkenaan.

Dia mahu menunjukkan bahan yang disiarkan dalam Malaysia Today tidak berani disiarkan oleh organisasi media berwibawa kononnya disekat. Maka dia menulis mengikut khabar-khabar angin yang sampai ke telinganya tentang hal-hal yang sensitif.

Oh, mudahnya. Dia memahami definisi kebebasan media sebagai bebas menyiarkan khabar-khabar angin dari sembang kedai kopi. Dia tidak faham definisi fitnah dan tidak pernah bertanggungjawab tentang apa yang ditulis.

Sebenarnya dia bukan siapa-siapa. Bukan juga wartawan, jauh sekali pengarang yang pernah berkhidmat dengan organisasi media berwibawa. Dia hanya pengarang di sebuah laman web dan penulis blog yang wibawanya sangat dicurigai.

Tetapi kerana kedangkalan dia memahami erti kebebasan dan etika media, dia menjadi popular. Tetapi yang buruknya dia tidak bertanggungjawab. Buktinya dia mempunyai dua waran tangkap dan sudah menghilangkan diri sejak tahun 2010 lagi. Kenapa lari?

Itulah dia Raja Petra Kamaruddin atau RPK yang kembali menjadi bahan bualan apabila beliau menulis tentang SPRM Mempunyai Rakaman Suara S. Ambiga Dan Clare Brown Berkomplot…tetapi apabila dibaca..tiada pula dinyatakan kenyataan SPRM???

Apa yang RPK cuba buktikan???

Jika apa yang diperkatakan oleh RPK ini benar kenapa dia menyalak dari luar negara??? mengkritik sana sini tetapi tidak satu pun bukti diberikan.

Tiba masanya SPRM perlu memanggil RPK berhubung dakwaannya itu. Mungkin SPRM juga boleh bertanya daripada mana RPK mempunyai duit berada di luar negara?

Apa yang pasti, masyarakat yang telah diracun pemikiran oleh Malaysia Today percaya dengan dakwaan RPK. Kini pengagum yang diperbodohkan itu terpinga-pinga kerana RPK bersenang lenang di London sedangkan selama ini mereka menganggap RPK sebagai pejuang kebebasan media.

Bekas pelajar MCKK dan Victoria Institution Kuala Lumpur ini sebenarnya semakin tersepit. Walaupun berjaya memboloskan diri ke luar negara, ditaja oleh individu tertentu tetapi tidak ada kebebasan.

Rasionalnya RPK, pulanglah ke Malaysia, tidak perlu lari sebaliknya berani membuktikan semua yang dipaparkan dalam Malaysia Today adalah benar. Lari tidak menyelesaikan masalah.

Atau RPK hanya takut kepada bayang-bayang sendiri, barangkali dia tidak ada apa-apa bukti untuk menyokong hujahnya. Ini kerana taraf laman webnya tidak ubah sembang di kedai kopi yang tidak ada etika dan tanggungjawab.

Ketika ini mungkin RPK sedang berkurung di kediaman mewahnya di London. Ibarat burung yang terkurung dalam sangkar emas, tidak bebas kerana ada pihak yang memburunya.

RPK tidak boleh selamanya bersembunyi kerana hutang dengan rakyat negara ini belum dilunaskan.

Dia perlu kembali untuk membuktikan semua tuduhan yang dilemparkan kepada SPRM ataupun mana-mana agensi dinegara ini dan selama ini adalah benar.

Malah tidak perlu takut sekiranya dia mempunyai bukti yang kukuh. Inilah masa untuk dia membersihkan nama. Kalau dia takut untuk pulang dan diadili di mahkamah, orang yang sebelum ini mengaguminya akan berfikir sebaliknya.

Adakah RPK sekadar mahu memberitahu kelicikannya untuk melepasi pintu keluar masuk negara ini? Kalau itu, dia memang licik. Tetapi RPK harus ingat, polis kita lebih licik kerana dapat menjejaki dia di London.

Polis tahu di mana Raja Petra berada. Jadi, RPK bukanlah licik, dia sebenarnya takut. Orang selalu kata, berani kerana benar, takut pula tentulah bersalah. Mesej ini perlu difahami oleh pengagum-pengagum RPK dan pembaca setia Malaysia Today. Itulah Raja Petra Kamaruddin.

Comments