Awe oh awe nok ke mano terr
awe…ingak pese tok guru terr awe wei…
Jange wak sene...
Selepas kecoh-kecoh tanpa
kesudahan berhubung kemelut wang RM90 juta yang didakwa pernah diterima beberapa
pemimpin Pas daripada DS Najib Razak serta dikaitkan dengan dana 1MDB, jalan
kebenaran nampaknya sudah mula terbentang di depan mata kita semua.
SPRM dengan pantas mengumumkan
kertas siasatan sudah pun dibuka..Malah beberapa individu telah dipanggil bagi
direkodkan kenyataannya.
Pas juga turut menyatakan
keterbukaannya untuk disiasat SPRM serta berjanji akan menyerahkan semua
dokumen-dokumen berkaitan seperti penyata bank dan sebagainya.
Alang-alang Pas telah membuka
ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan, maka wajarlah SPRM menyiasat dua
slip bank di atas ini…
Siapakah agaknya yang menerima
dana ini???
Nama siapa yang tertulis dalam
slip bank tersebut???
Bolehkah pemimpin Pas
memperjelaskan duit apakah tersebut???
Adakah pemimpim Pas tahu apa yang
dimaksudkan “tahu pahala dan dosa”???
Bukankah kelihatannya orang yang
mengaku “tahu pahala dan dosa” itulah yang begitu “rakus” mempertahankan pelaku
rasuah, sanggup bersekongkol mempertahankan perasuah sehingga apa sahaja
pendedahan salah laku berkaitan rasuah dalam Pas masih tetap dipertahankan
sehingga bergegar tulang sum-sum.
Hakikatnya, kerana mereka “tahu
pahala dan dosa”lah mereka bebas untuk bertindak dan melakukan apa sahaja
bentuk tindakan politik, jika perlu bersekongkol dengan UMNO parti yang mereka
tentang habis-habisan, sehingga wujudnya “dua surau; surau hijau dan surau
biru”, sehingga berlaku pulau memulau dalam satu kampung, hakikatnya itu adalah
dahulu, waktu telah berlalu, maka ia harus dilupakan.
Inilah asas pemikiran puak yang
“tahu pahala dan dosa”, sanggup perbuatkan apa sahaja asalkan mereka terus
dapat melangsungkan politik oportunis berteraskan pemikiran Machiavelli. Itulah
realitinya falsafah dan pemikiran politik mereka, tanpa segan silu berselindung
disebalik politik Islam. Hanya kerana mereka “tahu pahala dan dosa”.
Percayalah, rakyat yang “tahu
pahala dan dosa” juga tidak sabar menunggu siapakah yang bakal ditangkap oleh
SPRM berdasarkan slip itu?
Harap-harap "lebai"
yang “tahu pahala dan dosa” ditangkap nanti tidak mengecewakan semua yang
menunggu-nunggu selama ini.
Comments
Post a Comment