ASET APA SEDANG 'DITEROPONG' SPRM???



SPRM dipercayai sedang memberi tumpuan mengenai dakwaan ‘jejak perbelanjaan’ dalam siasatan terhadap laporan pemimpin PAS menerima RM90 juta daripada 1MDB.

Tumpuan siasatan itu adalah membabitkan bagaimana pihak yang didakwa itu menerima wang berkenaan iaitu perantaraan yang digunakan dalam penyaluran wang itu, serta ke mana wang itu dibelanjakan.

Difahamkan, tumpuan utama dalam siasatan ini adalah mengenai dakwaan salah laku rasuah yang berlaku serta bagaimana wang itu digunakan untuk tujuan tertentu.

Dikatakan tumpuan utama siasatan SPRM adalah mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Turut dilaporkan, aspek penting yang diteliti dalam siasatan itu adalah mengenai perbelanjaan membeli kereta mewah, motosikal berkuasa tinggi dan banglo milik beberapa pemimpin PAS.

Portal Malaysiakini mendedahkan maklumat sumber bahawa seorang bekas pemimpin PAS didakwa memiliki kereta-kereta mewah bernilai hampir RM1.5 juta dan sebuah rumah banglo berharga RM3 juta di Bangi.

BMW 525, Mini Cooper, Toyota Vellfire, Toyota Camry dan Toyota Fortuner, laporan memberitahu individu berkenaan membeli kereta-kereta mewah ini secara tunai.

Manakala, tujuh pemimpin lain didakwa menyalahgunakan dana membeli Porche Cayman, Range Rover, Audi A6, Toyota Vellfire, Toyota Altis, Volkswagen Passat, Audi Q7, Mercedes Benz, motosikal BMW dan sebagainya.

Turut dalam radar adalah pembelian nombor plet VIP oleh pemimpin-pemimpin ini. Dipercayai sekurang-kurangnya dua pemimpin PAS membelanja hampir RM100,000 setiap seorang untuk membeli nombor plet VIP ini.

KS: Semakin menarik…kita tunggu SPRM siasat dulu tau RPK!!!

Comments