AMAT TERKEJUT BILA SPRM DIIKTIRAF SEBAGAI THE MOST EMERGING ENFORCEMENT FOR 2018???



Tahniah SPRM kerana telah diiktiraf oleh Global Investigations Review (GIR) sebagai 'The Most Emerging Enforcement for 2018'. Ini merupakan pengiktirafan tertinggi kepada agensi itu dalam memerangi gejala rasuah dan salah guna kuasa di negara ini dari masyarakat antarabangsa.

Pengiktirafan tersebut merupakan satu signifikan dan bersejarah dalam catatan liku-liku perjalanan perjuangan SPRM, sebagai entiti ulung pencegahan rasuah negara.

Pengiktirafan itu juga adalah sejajar dengan tindakan operasi SPRM yang tidak gentar mengambil tindakan kepada mana-mana individu atau organisasi.

Lihatlah pelbagai cabaran, perit-getir, suka dan duka kisah perjuangan dilakari oleh warga SPRM dalam memastikan amanah memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa yang dipertanggungjawabkan oleh rakyat kepadanya, tetap teguh diperjuangkan dalam ruang lingkup undang-undang pada setiap masa tanpa gagal.

Malah tiada lagi istilah individu atau organisasi yang dikatakan ‘untouchables’ atau mereka yang tidak boleh disentuh oleh SPRM.

Jika terdapat bukti dan keterangan yang secukupnya untuk mengambil tindakan maka agensi itu pasti akan tiba pada masa dan ketikanya.

Elemen 'amat terkejut' dan pelaksanaan penguatkuasaan dan operasi secara konsisten tanpa henti juga memainkan peranan dalam meyakinkan rakyat bahawa SPRM benar-benar serius.

Apa yang amat mengejutkan lagi, kejayaan operasi SPRM ini juga dapat diukur apabila Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun 2018 dengan Malaysia kedudukannya dari tangga dari 62 kepada 61 di kalangan 180 negara. Malah Malaysia kini berada di tempat ketiga di antara negara-negara Asean.

Apapun pengiktirafan oleh masyarakat dunia terhadap  usaha SPRM memerangi rasuah sudah pasti akan meniup semangat bukan sahaja kepada warga agensi itu yang saban hari bertungkus lumus siang malam bagi membanteras gejala berkenaan tatapi kepada kita rakyat Malaysia sendiri yang bangga dengan pencapaian tersebut.

Oleh itu pengiktirafan tersebut boleh dianggap pengiktirafan terhadap perjuangan SPRM untuk memastikan kelompok yang sanggup menjamah wang haram dengan menyalah gunakan kuasa dan rasuah dapat dihapuskan sama sekali dari bumi Malaysia.

Diharapkan pengiktirafan tersebut tidak membuatkan agensi itu terlena dek pujian kerana mereka juga harus ingat si perasuah tidak akan sedang duduk dan akan mula menjadikan SPRM sebagai sasaran berikutan siasatan yang dijalankan oleh agensi itu.

Kita doakanlah agensi keramat itu tidak akan tergugat, sebaliknya akan terus memikul amanah dalam perjuangan atas niat kerana Allah SWT.

Comments