TITANIC 2.0 KINI DIBINA!!!




Titanic, kapal yang paling besar, paling mewah dan paling hebat dalam dunia pun akhirnya tenggelam setelah terlanggar bungkah ais pada malam bulan Mei 2018 itu.

Titanic dikatakan kapal yang tak mungkin tenggelam. Kaptennya pernah sebut bahawa Titanic mempunyai segala kecanggihan.

Tetapi dek keangkuhan kapten dan beberapa orang kelasinya Titanic sudah mula menyimpang daripada laluan yang sepatutnya. Ia sudah mula sesat dalam kesombongan itu.

Memang sudah beberapa kali kelasi yang baik serta awak-awak yang jujur memberitahu kapten bahawa kapal ini telah menyimpang dari laluan sebenar. Namun kapten dengan egonya tidak mahu mendengar nasihat.

Akhirnya berlakulah tragedi pada malam bulan Mei itu. Titanic yang gah itu mula senget dimasuki air dan sedikit demi sedikit tenggelam ditelan air laut. Penumpang-penumbangnya mula terjun menyelamatkan diri.


Paling cepat terjun adalah penumpang kelas 1. Mereka ini golongan elit yang berharta jutaan ringgit. Penumpang kelas 2 juga ramai yang ikut terjun menyelamatkan diri masing-masing. Mereka adalah golongan pertengahan dan pekerja sektor awam.

Penumpang kelas 3 adalah yang paling marhaen. Mereka terdiri daripada peneroka dan orang kampung serta golongan miskin bandar. Mereka duduk di deck paling bawah. Sukar untuk mereka menyelamatkan diri.

Kemudian datanglah kapal Carpathia utk menyelamatkan penumpang Titanic yang bergelimpangan dalam laut pada malam itu.


Ramai yang telah lemas. Tapi kapten Carpathia nak pilih-pilih kelasi dan awak-awak serta penumpang Titanic yang nak diselamatkannya.

Katanya dia nak selamatkan yang tidak bermasalah saja. Dalam telitinya pun ada ada juga dia terambil yang bermasalah. Belum apa-apa sebaik dapat naik ke Carpathia ada kelasi Titanic yang dah buat perangai lama minta kontrak kerajaan.

Kelasi-kelasi yang perangai macam ni patut dihumban ke laut.

Beberapa orang kelasi Titanic sedang merancang untuk bina kapal baru diberi nama Titanic 2.0.

Katanya kapal ni lebih bersih. Harapnya begitulah...

Comments