SALAM TAKZIAH BUAT HYBRID IBLIS DAN HANTU RAYA!!!



AMARAN KERAS SEKERASNYA!!!

Jangan baca sekiranya anda team Hybrid Iblis atau Hantu Raya!!!

Khas buat Kekanda Satria,

The Good, The Bad & The Ugly 2

SPRM tiba-tiba bangkit di mata masyarakat umum dengan pelbagai aktiviti operasi yang dilaksanakan dengan tujuan menjaga kepentingan rakyat. Sifat pimpinannya yang tidak mudah dikawal oleh golongan politik serta tidak menyebelahi mana-mana pihak digeruni oleh perasuah. Pengiktirafan rakyat dilihat melalui penurunan kadar indeks CPI. Abu Kassim dan barisan pimpinannya diterima sebagai hero yang membersihkan rasuah dari negara ini. Nama Shukri Abdull, Azam Baki turut diperkatakan sebagai pahlawan yang menentang kegiatan rasuah tanpa rasa takut.

Zaman kegemilangan itu cepat berlalu dengan tekanan politik dari pengamal rasuah yang berleluasa dalam kerajaan Najib, disokong pula oleh pegawai-pegawai kerajaan yang korup. Kegiatan Najib menyonglap wang rakyat dihidu SPRM bawah pimpinan Abu Kassim. Menggelabahlah dia menggapai apa saja yang dapat dicapai untuk mengelakkan dari karam. Malaysia melihat Najib melakukan apa saja yang termampu untuk kekal berkuasa. Ghani Patail diberhentikan serta merta, Pengarah Caewangan Khas PDRM ditukarkan ke JPM. Bahari dan Shukrii turut menerima bahang dan terpaksa bersara awal. Abu Kassim ditekan sehingga meninggalkan SPRM.

Tinggallah Azam Baki mengendalikan sektor operasi dalam SPRM. Tugas penting kerana terpaksa berhadapan dengan perasuah yang berprofil tinggi. Sementara pegawai tinggi lain sibuk mengejar pangkat dan harta. Tugas menerajui sektor operasi dipikul tanpa menghiraukan pelbagai tohmahan dan cercaan pelbagai pihak. Disini zaman ujian demi ujian terus diduga buat Azam Baki.

Sejak beberapa bulan lalu terdapat pelbagai sebaran whatsapp yang menuduh Azam Baki melindungi pemimpin UMNO terutamanya mantan Pengerusi Tabung Haji, Datuk Azeez Abdul Rahim.

Walaupun SPRM sentiasa menjalankan siasatan secara telus namun ada kumpulan tertentu yang tidak sabar-sabar melihat Azeez Rahim didakwa.

Mereka tidak menghormati rules of law dan hampir setiap minggu menyerang SPRM dan tentulah ditujukan kepada sayap operasi SPRM, Azam Baki.

Azam dituduh sebagai melindungi Azeez. Azam dituduh mendapat habuan dengan Azeez. Azam dituduh alat UMNO.

Hakikatnya SPRM telah menjalankan siasatan ke atas Azeez sejak sebelum pilihan raya lagi. Proses menyiasat dan mengumpul bukti bukan mudah jika SPRM mahu dilihat sebagai sebuah entiti profesional.

Jika sesiapa masih ingat Azeez Rahim telah ditahan reman hampir 10 hari pada Oktober 2018.

Semalam setelah melengkapkan siasatan dan kertas pertuduhan maka Abdul Azeez Abdul Rahim telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah dan sembilan pertuduhan pengubahan wang haram hampir RM140 juta.

Sekarang kita hendak tanya dimana dia Putra Muhammad dan rakan-rakannya yang saban minggu menghantar whastapp menuduh Azam Baki dan SPRM melindungi Azeez Rahim?


Putra Muhammad bukan main lagi menuduh Azam Baki menerima sogokan untuk melindungi Azeez Rahim.

Berselindung dengan nama dan nombor palsu, kumpulan ini tidak segan silu membuat tuduhan tanpa bukti.

Jangan kata bukti sogokan, hatta bukti Azeez belanja Azam minum air suam pun tidak pernah diberikan.

Jika benar Azam melindungi Azeez tentulah tiada pendakawaan ke atas Ahli Parlimen Baling tersebut.

Sukar dan hampir mustahil untuk Peguam Negara mendakwa Azeez jika Azam tidak melengkapkan kertas siasatan dan menunjukkan ada bukti melampaui keraguan munasabah untuk pendakwaan.

Justeru kita tabik kepada SPRM dan Azam Baki yang tidak melatah dengan viral murahan dan komited menjalankan siasatan demi keadilan bukannya kerana desakan semberono kumpulan ini.

Setelah didakwa hari ini apakah kumpulan yang menyerang dan menuduh SPRM dan Azam menerima sogokan Azeez akan meminta maaf?

Sanggupkah mereka mendedahkan diri atau menghantar whatsapp terbuka memohon maaf? Jika sebelum ini mereka mencabar Azam sumpah laknat dan sebagainya, hari ini kita tidak cabar mereka bersumpah laknat pun.

Kita cabar mereka datang ke SPRM membuat laporan bersama bukti bahawa Azam menerima sogokan dari Azeez Rahim.

Ingatlah api neraka sedang menunggu mereka yang suka menabur fitnah.

Firman Allah s.w.t. bermaksud: Dan jagalah diri kamu daripada berlaku dosa yang membawa kepada bencana fitnah yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim antara kamu secara khusus (bahkan akan menimpa kamu secara umumnya ) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaan-Nya. (Al-Anfal: 25)

Keris Karat Berbisa
17 Januari 2017

KS: Terima kasih atas Keris Karat Berbisa atas kiriman emel ini, datanglah sesiapapun KS tidak kisah. KS tetap KS… Bagi KS kepentingan organisasi lebih utama, masyarakat akan menilai siapa yang bekerja kerana Allah dan siapa yang bekerja kerana HYBRID IBLIS ATAU HANTU RAYA!!!

Comments