Kerajaan akan meminda Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 bagi membenarkan pihak berkuasa
mengetahui siapa pemilik sebenar sesuatu kepentingan ketika menjalankan
siasatan.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad berkata, mereka akan memasukkan peruntukan baharu, iaitu mengenai
tanggungjawab mendedahkan pemunya benefisiari (beneficial ownership) ke dalam
akta tersebut.
Katanya, kita hendak ubah undang
undang supaya kita dapat cekup.. Atau kita dapat kenal pasti pemilik sebenar
sesuatu kepentingan dalam sesuatu proses siasatan yang dijalankan.
Apa yang diluahkan oleh Perdana
Menteri itu ada keperluannya memandangkan terjadinya banyak kes dimana nama
individu lain digunakan sebagai ‘proksi’ terhadap sesuatu kepentingan bagi
mengelakkan pemilik asal terdedah kepada kebarangkalian dikenakan tindakan.
Bagi KS, kerajaan sewajarnya
melakukan kaedah penambaihbaikan terhadap kaedah perolehan, kriteria pemilihan
dan pemantauan projek.
Kriteria wajib lulus diwujudkan
di mana perunding mesti berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan Lembaga
Profesional bagi memastikan mereka benar-benar berkelayakan serta berintegriti
tinggi.
Melalui kaedah ini, proses
pemilihan lead consultant dapat dikurangkan berbanding sebelum ini, dan ini
menjimatkan masa pelaksanaan dan memberi nilai faedah yang terbaik kepada
kerajaan.
Persoalannya bila mahu dipinda???
Jangan sekadar kenyataan semata-mata.
Cadanagan meletakan di bawah
Parlimen bagaimana??? Diperingkat mana usul dibahaskan???
Tepukkk!!!
Comments
Post a Comment