2018 merupakan tahun paling epik pada abad ini.
Pelbagai sejarah telah dicipta.
Bagaimana rakyat melihat
pembentukan Malaysia baru pasca PRU ke-14, begitulah juga keadaannya di SPRM.
Banyak perkara yang telah
dilakukan agar SPRM kembali ke landasan yang betul setelah agak terlencong dari
paksinya.
Tugas DS Shukri Abdul yang rumit
akan lebih mudah dengan bantuan DS Azam Baki sebagai timbalannya.
Antara kelebihan mereka berdua,
mereka sama-sama menyaksikan jatuh bangun SPRM setelah lebih 30 tahun menjadi
hamba SPRM.
Ugutan, caci maki dan fitnah
telah menjadi asam garam bagi kedua-duanya kerana mereka memilih untuk menjadi
pejuang yang tidak didendang.
Mereka faham masalah dalaman dan
luaran. KS juga yakin kali ini mereka akan lebih berjaya apabila melihat kepada
'political will' kerajaan baru untuk menentang rasuah dan penyelewengan.
Hampir setiap minggu ada sahaja
individu, daripada kakitangan rendah jabatan dan agensi kerajaan hingga ke
peringkat atasan termasuklah golongan-golongan ahli politik yang disoal siasat,
direman atau dihadapkan ke mahkamah atas perbagai kesalahan melibatkan rasuah,
penggubahan wang haram dan salah guna kuasa.
Tahun lalu juga, SPRM telah
merampas dan membekukan sebanyak RM2.5 bilion wang tunai dan jumlah itu tidak
termasuk sitaan asset-aset lain.
Paling mencuri tumpuan seluruh
rakyat Malaysia apabila, bekas Perdana Menteri, DS Najib Razak sendiri telah
didakwa dengan lebih 39 pertuduhan rasuah, penggubahan wang haram dan salah
guna kuasa.
KS yakin kes Najib ini bukanlah
kes besar terakhir SPRM dalam usaha memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Dengan tindakan demi tindakan
yang diambil SPRM, jelaslah SPRM melalui gandingan mantap Shukri Abdull dan
Azam Baki tidak sekadar memukul tin kosong.
Malah sudah terang lagi bersuluh,
itulah kejayaan SPRM sepanjang gandingan mereka berdua pelbagai kes berprofil
tinggi berjaya diherat ke mahkamah.
Ini terbukti apabila tangkapan
penjawat awam yang dipercayai terlibat dalam aktiviti rasuah dan salah guna
kuasa merupakan yang tertinggi dengan 421 tangkapan daripada jumlah 875
tangkapan keseluruhan dalam tempoh tahun lalu.
Malah, berdasarkan statistik
SPRM, jumlah tangkapan terhadap pegawai kerajaan dan badan berkanun telah
memonopoli carta tertinggi berbanding tangkapan orang awam, sektor swasta dan
Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) sejak lima tahun kebelakangan ini.
Mungkin ada segelintir suara
nakal masyarakat yang mempersoalkan tindakan agresif SPRM yang mana kenapa baru
sekarang SPRM bertindak agresif dengan menangkap serta menyiasat kes rasuah
terutamanya berprofil tinggi membabitkan penjawat awam sedangkan sebelum ini
tiada tindakan diambil.
Rasionalnya masyarakat seharusnya
terbuka dan sematkan di dalam hati, inilah masa paling sesuai untuk SPRM
mengambil segala langkah produktif bagi memastikan negara ini bersih daripada
gejala rasuah.
Jadi… Apa lagi jenis jerung yang
kita mahu SPRM tangkap untuk kita puas hati?
Kini jelas SPRM sudah pun
melakukan apa yang ia mampu.
Kita harus sedar dan hargai
usahanya yang gigih walaupun berhadapan dengan pelbagai kekangan dan masalah
dalam menjalankan pemantauan, siasatan, pengumpulan bukti dan pendakwaan.
Berat bahu kita memandang, berat
lagi bahu SPRM memikulnya.
Pegawai-pegawainya diugut bunuh,
keluarga terancam, dan pelbagai lagi ancaman buruk diterima semata-mata beliau
menjalankan tugasnya...
Inilah pejuang rasuah
sejati...bukan sekadar melakukan roadtour keliling Malaysia mencari publisiti
atau program-program publisiti murahan lain...
Jadi, kita patut kurangkan
rungutan, tuntutan, sebaliknya berilah kerjasama, sokongan dan lebih penting,
maklumat untuk SPRM bertindak secara berkesan.
Sudah-sudahlah. Kita tidak mahu
lagi dengar negara kita dinamakan sebagai antara negara yang mempunyai 'skandal
rasuah paling teruk' di dunia seperti yang diberikan oleh foreignpolicy.com.
SPRM tangkap dan seretlah
‘parasit-parasit’ ke mahkamah. Biar trak Black Maria bersesak-sesak dan
mahkamah penuh dengan ‘parasit-parasit’ rasuah.
Comments
Post a Comment