Kempen PRK Cameron Highlands
membuktikan ahli-ahli politik khususnya yang memerintah ketika ini masih lagi
bersikap angguh dan gila kuasa hingga sanggup melanggar peraturan dan
undang-undang...
Saling tak tumpah seperti
kerajaan terdahulu yang mendewa-dewakan prinsip cash is king...
Amat memalukan, di saat Perdana
Menteri, Tun Mahathir lantang bersuara dan dipuji di persada antarabangsa
kerana tekad mahu membersihkan Malaysia daripada gejala rasuah, ketika itu
jugalah ahli politik PH khususnya juak-juak DAP sibuk melakukan politik wang dan salah guna
kuasa...
Dulu beria juak-juak DAP berkokok
mencari salah orang-orang Barisan Nasional dan mahukan Pilihan Raya yang telus
dan bersih...Kini mereka buat benda yang sama...
Kes-kes seperti "duit
minyak" dan kes penyalahgunaan aset-aset kerajaan, sepatutnya tidak lagi
berlaku dalam PRK di era perubahan Malaysia baharu ini...
Rasanya sudah berbuih mulut
orang-orang SPRM nasihat ahli politik mengenai perkara ini..
Isu pacuan empat roda milik
Pejabat Hutan Daerah yang digunakan bagai kepunyaan harta makbapak DAP punya
adalah sesuatu yang mengecewakan rakyat...
Logikkah seorang Ahli Parlimen
yang mempunyai jawatan sebagai Timbalan Menteri langsung tidak memikir soal ini
sedangkan isu penggunaan aset kerajaan ini isu pertikaian favourite setiap kali
PRU atau PRK...
Sekarang apabila terkantoi semua
memberi 1001 alasan, sudahlah begitu, angkuh pula...
Usahlah berdalih...KS bukan
setakat tengok video, ramai sahabat di Pahang yang memberi maklumat..
SS Pahang yang baru, DS
Sallehuddin Ishak yang juga 'orang sekampung' YB Zulpuri, menjelaskan bahawa Jabatan Hutan Pahang
membenarkan kenderaan itu dipinjamkan kepada YB Zulpuri atas kapasiti Timbalan
Menteri bagi tujuan urusan rasmi.
Persoalannya, Pengarah Hutan
Pahang atau DS Sallehuddin sendiri tidak pekakah urusan rasmi itu berlaku di
mana dan pada waktu bila?
Atau mereka pun tidak tahu sedang
berlangsung PRK Cameron Highlands sama seperti mereka tidak tahu hutan2 di
Pahang diteroka secara haram?
Atau semua masih takut dengan
arahan ahli politik yang berlagak bagaikan dewa kayangan?
Tarikh mengundi sudah hampir, KS
nasihatkan calon DAP, M Manogaran agar tarik diri sahajalah. Itu lagi melegakan
daripada kamu mengheret keseluruhan parti dengan persepsi korupsi.
Malah jika DAP menang,
implikasinya buruk dan silap haribulan akan diadakan sekali lagi PRK yang
membazirkan jutaan ringgit wang rakyat.
Jangan diikutkan perangai
pemimpin dulu yang kini menjaja tagline MaluApaBossku??..Bak kata orang tua
malu biarlah bertempat..jangan jadi muka tembok buat salah tapi pusing satu
dunia kata dialah yang terbaik..
Ingat!!!, rakyat memerhati dan
bila-bila masa akan buang kamu...
KS: Onion Army sedia berdepan Red
Bean Army...
Comments
Post a Comment