BILA UMNO…BN HILANG PEMIMPIN 'HEAVYWEIGHT'??? SPRM DIINTAI KASIH???



Apakah benar UMNO  dan BN kini kehilangan ramai pemimpin heavyweight sehingga tiada modal untuk berkempen dalam PRK Cameron Highlands???

Nada pemimpin parti itu mula berubah dalam menentukan arah haluan dan survival perjuangan seterusnya???

Juga sejauh mana kebenaran cakap-cakap politik bahawa parti terbesar yang pernah mewakili Melayu itu sudah boleh melupakan hasrat untuk berkuasa semula, berbanding keyakinan sebelum ini bahawa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan ditumbangkan mereka sebelum penggal pemerintahan berakhir?

Apa agaknya yang tidak kena dengan pemimpin UMNO dan BN???

Mungkin cakap-cakap ini berasas melihat tindak-tanduk pemimpinnya yang mula menggunakan strategi pintu belakang untuk mengajak masyarakat membenci SPRM.


Mereka merapu itu tidak kisah sangatlah... sebab mereka memang dari dulu begitu...

Terbaru dalam kempen PRK Cameron Highlands, MT UMNO, Lokman Adam cuba pula menyerang SPRM...


Tiba-tiba beliau dapat 'akal' mendakwa kononnya SPRM mendapat dana khas selepas menggugurkan kes rasuah Lim Guan Eng.

Adakah Lokman Adam ini tidak bijak atau buta undang-undang???

Mungkin Lokman pernah terpijak duit RM7 juta dalam jamban kondo tokey mereka di Pavillion tu...langsung dapat idea bercakap begitu...agaknya la..

Berbuih mulut dijelaskan yang SPRM tiada kuasa untuk menarik balik sebarang kes. SPRM hanya menyiasat.


Jelas dan sememangnya kuasa untuk mendakwa atau gugurkan kes itu hanya ada pada Peguam Negara, bukanya SPRM.

Adakah peniaga baju oren itu berdendam dengan SPRM???

Sudah-sudahlah dengan taktik bodoh hendak menyerang integriti SPRM…

Cuba baca bersama peguam-peguam UMNO dan BN tentang Perlembagaan supaya dapat penjelasan serba sedikit sebelum bercakap.

Jika hendak berkempen, berkempenlah secara bersih, jangan diheret SPRM dalam politik.

SPRM bukan ahli politik, mereka tidak tahu berpolitik dan SPRM bukan parti politik.

Tidak perlu membuat kenyataan yang seolah-olah mahu memperkecilkan kewibawaan dan kemampuan agensi tersebut.

Kalau mahu dilihat dari setiap sudut tindakan yang telah dilaksanakan oleh SPRM sememangnya ramai berada dalam keadaan ‘ketagih simpati’.

Perbuatan jahat itu dilakukan kerana mereka semakin ‘intai kasih’ berikutan tindakan agresif yang memastikan SPRM bertindak tanpa memilih bulu.

Bagi KS, SPRM lakukan kerana mahu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya. Misi itu hanya boleh tercapai jika agensi itu tidak ganggu apatah lagi diseret dalam sebarang kontroversi atau polemik.

SPRM juga perlu kuat…Jangan pedulikan apa jua tafsiran dan persepsi yang wujud. Percayalah, rakyat masih sayangkan SPRM!!!

SPRM tidak harus dilemahkan melalui fitnah dan tohmahan. Jika itu berlaku maka bergembiralah penunggang politik dan sekutu mereka yang hanya berimankan duit semata-mata.

Comments