1. Tidak saya sangka dalam
kesibukan dan kepenatan urusan kerja yang memerlukan saya berulang alik dari
Lembah Kelang ke Pulau Pinang setiap minggu semasa kini, boleh memberi PERSEPSI
kepada segolongan pihak berkenaan seolah-olah saya sengaja berdiam diri
daripada memberi komen berkaitan isu "tari-menari " KETUA HAKIM
NEGARA, PEGUAM NEGARA dan MENTERI UNDANG-UNDANG, yang tertular di media massa sepanjang
hari ini, sedangkan saya cuma mendapat maklum berkaitan perkarai ini mulai jam
5 petang tadi. semasa masih dalam
perjalanan di Lebuhraya sebelum sampai di pejabat saya di Kota Damansara ini.
2. Sememangnya pada 02.09.2016
melalui Siri : 291, saya telah memberi komen dan kritikan berhubung satu lagi
perkara yang hampir sama berkaitan tularan satu Video berhubung tingkahlaku di
khalayak ramai APANDI ALI sebagai PEGUAM NEGARA pada ketika itu, dalam
BERNYANYI dan BERSUKA-RIA dalam PAKAIAN SERAGAM dengan MENTERI-MENTERI KABINET KERAJAAN semasa
Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan pada 31.08.2016. (Video berkaitan di bawah,
Ruang Atas)
3. Saya juga telah di Perenggan 7
di sana menyatakan :
" 7. Saya, dengan sejujur
dan seikhlas mencabar PEGUAM NEGARA untuk memberi penjelasan yang benar dan
munasabah tentang kandungan tingkahlaku beliau dalam video ini, dan jika tidak,
PEGUAM NEGARA hendaklah dengan cara terhormat MELETAK JAWATAN pada kadar segera
!!! "
4. Begitu juga kedua-dua Video
yang telah tertular dan dimajukan kepada saya pada hari ini, menunjukkan antara
lain TItingkahlaku GAULAN MESRA TARI-MENARI yang memperlihatkan keakraban KETUA
HAKIM NEGARA dan PEGUAM NEGARA TOMMY THOMAS di atas pentas yang sama dengan
MENTERI UNDANG-UNDANG, berserta para peguam lain di khalayak kesemua yang hadir
di Majlis Makan Malam sempena Pembukaan Tahun Perundangan 2019. (Video-video
berkaitan di bawah, Ruang Bawah Kiri & Kanan)
5. Walaupun, ada pihak yang akan
mengutarakan pandangan bahawa ianya adalah "biasa" untuk kesemua
pihak berkenaan bersosial dalam satu Majlis Sosial yang diniatkan untuk beramah
mesra, namun pada masa yang sama ianya juga TIDAK BOLEH DINAFIKAN bahawa
tularan tingkahlaku tersebut yang dipaparkan dalam Video-video berkenaan
semestinya akan menimbulkan PERSEPSI seolah-olah kedaulatan undang-undang (rule
of law) dan prinsip pengasingan kuasa (separation of powers) di antara bidang
KEHAKIMAN (Ketua Hakim Negara, PERUNDANGAN (Peguam Negara) dan
EKSEKUTIF(Menteri Undang-undang) BOLEH dan TELAH DIGUGAT melalui tingkahlaku
berkenaan atas alasan-alasan berikut :
(a) Sebahagaian besar daripada
masyarakat am Malaysia, tidak langsung mempunyai pengetahuan berkaitan
kewujudan Majlis Sosial seperti itu, dan semestinyalah akan terkejut dengan
GELAGAT dan TINGKAHLAKU pihak-pihak berkenaan seperti yang terpapar dalam
Video-video berkenaan !!,
(b) Secara langsung, GELAGAT dan
TINGKAHLAKU pihak-pihak berkenaan juga, BOLEH menampilkan kekhuatiran tentang
keakraban kesemua pihak berkenaan yang boleh GUGAT dan CALAR akan kewibawaan
bidang KEHAKIMAN dan PERUNDANGAN kerana kesemua perikaian perundangan yang
dibicarakan oleh sistem kehakiman akan sering menemukan kesemua pihak yang sama
dari masa ke semasa !!,
(c) Kesemua pihak yang berkenaan
dalam bidang KEHAKIMAN dan PERUNDANGAN juga seharusnya lebh peka dengan harapan
kesemua lapisan masyarakat dari setiap perspektif, adat dan keturunan bahawa
peradaban dan tatasusila pihak-pihak berkenaan semestinya dijaga dan dikekalkan
di tahap tertinggi, yang mana boleh dikatakan adalah di luar daripada apa yang
dipaparkan dalam Video-video itu !!, dan
(d) Bebas daripada hak setiap
individu terbabit untuk menjalani corak hidup sendiri secara PERIBADI, mereka
juga WAJIB peka bahawa di era sistem
teknologi terkini yang melibatkan kemudahan untuk mengambil rakaman video atau
gambar yang dapat diedarkan ke khalayak ramai dalam sekelip mata, maka GELAGAT dan TINGKAHLAKU kesemua pihak
berkenaan yang boleh tampilkan PERSEPSI NEGATIF terhadap sistem KEHAKIMAN dan
PERUNDANGAN hendaklah dielakkan sepenuhnya !!
6. Secara peribadi, saya
berpendapat tatkala kita kini berada di era "MALAYSIA BARU",
masyarakat awam, berhak untuk mengharapkan kedaulatan undang-undang (rule of
law) dan prinsip pengasingan kuasa (separation of powers) adalah sentiasa
terpelihara dan GELAGAT dan TINGKAHLAKU seperti yang dipaparkan dalam
Video-video berkenaan TIDAK SEHARUSNYA berlaku, supaya tidak wujud sebarang
RISIKO yang boleh mendedahkan sistem
KEHAKIMAN dan PERUNDANGAN negara kita, jatuh tersungkur dalam memelihara
kedaulatan undang-undang (rule of law) dan prinsip pengasingan kuasa
(separation of powers) yang menjadi tunggak PERJUANGAN yang telah membawa
kejayaan 09.05.2018 itu !!
7. Justeru, saya dengan penuh
takzim, sedih dan pilu POHO akan kesemua pihak yang terbabit, iaitu KETUA HAKIM
NEGARA, PEGUAM NEGARA dan MENTERI UNDANG-UNDANG untuk :
(a) Bertanyakan pada diri
masing-masing secara JUJUR dan IKHLAS, bukankah GELAGAT dan TINGKAHLAKU seperti
yang dipaparkan dalam Video-video berkenaan mempilkan PERSEPSI bahawa
kedaulatan undang-undang (rule of law) dan prinsip pengasingan kuasa
(separation of powers) dalam bidang KEHAKIMAN dan PERUNDANGAN telah tergugat
??!!
(b) Seterusnya, dan sekiranya
JAWABAN setiap seorang mereka itu secara JUJUR dan IKHLAS kepada SOALAN di
Perenggan 7(a) di atas adallah : YA, maka saya serahkan kepada kebijaksanaan
setiap mereka secara peribadi untuk mengambil tindakan lanjut secara JUJUR dan
IKHLAS yang WAJIB kembalikan keyakinan keseluruhan masyarakat awam kepada
pematuhan kedaulatan undang-undang (rule of law) dan prinsip pengasingan kuasa
(separation of powers) dalam sistem KEHAKIMAN dan PERUNDANGAN negara kita ini
!!
Haniff Khatri Abdulla
Peguam.
Bagi KS:
Penularan video majlis tari
menari melibatkan personaliti-personaliti seperti Menteri di JPM
(Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong, Ketua Hakim Negara TS Richard Malanjum,
Peguam Negara Tommy Thomas dan peguam-peguam politik yang dilihat pro Pakatan
Harapan seperti Datuk Ambiga dan Siti Kasim adalah suatu yang amat memalukan
institusi kehakiman dan perundangan negara.
Sejak dulu institusi kehakimanan
dan perundangan negara amat sensitif dengan apa jua bentuk pergaulan sosial
terutamanya para Hakim yang mampu menggugat keyakinan masyarakat terhadap kehormatan,
nilai etika, integriti dan adab susila mereka.
Apatah lagi jika melibatkan Ketua
Hakim Negara dan Peguam Negara yang bersosial dengan ahli politik dan individu
berprofil tinggi yang pastinya boleh mengundang kontroversi dan menghakis
kepercayaan rakyat terhadap sebarang keputusan yang bakal mereka ambil kelak.
Ini juga terkait dengan mantra
yang harus mendasari sistem kehakiman dan perundangan negara iaitu 'Keadilan
bukan hanya perlu dilaksanakan, bahkan mesti dilihat dilaksanakan'.
Hakikatnya telah mencalar
institusi kehakiman dan sistem keadilan negara terutamanya institusi Ketua
Hakim Negara dan Peguam Negara yang dilihat semakin hilang kredibiliti dan
nilai Integriti lantaran pencabulan etika dan prinsip konflik kepentingan
(conflict of interest) yang mula dipersoalkan rakyat.
Comments
Post a Comment