AKHIRNYA AZEEZ DITALKINKAN SELEPAS SONGLAP JUTAAN RINGGIT DUIT RAKYAT...!!!



PUTRAJAYA 15 Jan. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya, Datuk Abdul Latif Abdul Rahim berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Suruhanjaya itu dalam kenyataannya berkata, Abdul Azeez dan abangnya itu ditahan selepas SPRM mendapat keizinan untuk mendakwa kedua-dua individu terbabit daripada Pejabat Peguam Negara.

“Abdul Azeez dan abangnya itu ditahan pada pukul 4.30 petang ketika hadir ke ibu pejabat SPRM. Kedua-duanya akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi esok,” kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataannya, di sini hari ini.

Menurut suruhanjaya itu, Abdul Azeez dan Abdul Latif akan didakwa mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. - UTUSAN ONLINE 

Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur hari ini bakal "meriah" sekali lagi dengan kehadiran orang ramai apabila bekas Pengerusi Tabung Haji, DS Azeez didakwa berkaitan dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.

Azeez dipercayai akan didakwa berkaitan mengambil komisyen dari sebahagian projek kerajaan sebelum ini yang dikatakan juga nilai rasuahnya menjangkau jutaan ringgit.

Malunya jika seorang yang dipertanggungjawabkan menjaga Tabung Haji tidak menunaikan amanahnya...Malah mengambil rasuah lagi…

KS juga yakin kes  Azeez Rahim kini sudah sampai ke penghujungnya hanya menunggu bongkaran di mahkamah sahaja. Dengarkan saja pertuduhan-pertuduhan yang bakap dibacakan pagi ini… Perkara melibatkan money trail dan KS tidak bercadang hendak jelaskan, bukan apa, nanti geng-geng pemfitnah otak udang tidak dapat menghadamnya kerana perkara ini diluar jangkauan otak mereka.

Kalau sudah main duit tunai berguni-guni, mamak bekas penjual kereta terpakai ini pasti tidak dapat lari jika dituduh berkaitan pengubahan wang haram.

KS juga yakin SPRM akan memanggil atau menahan beberapa lagi individu lain termasuk bekas KP SPRM TS Dzul... dikata pernah menerima wang tunai sebanyak RM300,000.00 daripada Azeez yang diberi menerusi perantaraan Saiful Ezral???


Dimanakah duit itu dan untuk tujuan apa diberikan;  untuk Program Ziarah Kasih atau digunakan untuk “memadu kasih”?

Apa hubungan Dzul dan Azeez yang dianggap sebagai bloodbrother. Apa pula hubungan kedua-duanya dengan Big Mama?


Bukankah itu satu bentuk suapan memandangkan Azeez dan Big Mama disiasat SPRM???

Apa khabar pula hybrid iblis semua seperti pemilik akaun FB Putera Muhammad dan konco-konconya dari Parti Bunga di Kedah sudah buat sumpah laknat atau sibuk tanam ganja di Kedah yang tidak sabar-sabar sangat untuk lihat Azeez didakwa???


Comments