Hari ini merupakan hari pertama di tahun 2019 dan mulai hari
ini kita akan melangkah ke hari baru tahun 2019.
Selamat tinggal 2018 dan selamat datang 2019.
Tahun 2018 meninggalkan banyak kenangan suka dan duka, pahit
dan manis buat kita semua.
Tetapi, detik yang paling tidak mungkin dilupakan dan
meninggalkan kenangan pada tahun 2018 ialah bagaimana rakyat telah bersatu hari
menyingkirkan perasuah-perasuah daripada puncak kuasa negara.
Tarikh 9 Mei 2018 adalah satu lagi detik sejarah buat buat
rakyat dan negara.
Ia adalah suatu sejarah besar dalam negara dan detik-detik
perjuangan ke arah kejayaan itu akan kekal dalam ingatan sebahagian besar
daripada kita.
Tetapi, setelah tumbangnya pemimpin rasuah dan Kerajaan
Baharu mengambil alih teraju pentadbiran negara, tidak bererti perjuangan telah
berakhir dan kita boleh bersenang-lenang begitu saja.
Ada perjuangan lain sedang menanti di depan kita semua.
Selain isu rasuah dan salah guna kuasa, janji-janji
manifesto, pemulihan ekononi, menurunkan kos sara hidup, menyediakan peluang
pekerjaan dan meletakkan negara ini sebagai tempat yang aman dan selesa untuk
semua rakyat, adalah harapan kita kepada kerajaan baru yang sedang mentadbir
negara sekarang ini.
Ini kerana jika janji itu cuba dimungkiri, sementara
janji-janji manifesto dan pemulihan ekonomi akan terus tertangguh yang
menyebabkan sengsara berterusan kepada rakyat, politik negara juga akan jadi
kalut dan bergolak semula.
Baik atau buruk keadaan negara dalam waktu terdekat ini
banyak terletak di tangan Tun Mahathir selaku Perdana Menteri dan penentu sama
ada beliau mahu menunaikan janji atau sebaliknya.
Jika beliau fokus kepada janji dan senantiasa bekerja keras
bersama anggota kabinet serta jentera kerajaan menunaikan segala lafaz dalam
manifesto, Malaysia Baru yang mampu memberi kebahagian buat rakyat akan
menjelma tanpa banyak masalah dan halangan.
Namun, jika hal-hal lain berkaitan politik yang
kepentingannya hanya beliau saja yang tahu yang lebih diutamakan, gelora akan
terus melanda negara dan bahagia yang dijanjikan tidak lebih sekadar janji
palsu belaka.
Tahun 2019 yang bermula hari ini, harapan kita ialah mahu
melihat ekonomi yang lebih baik dan lebih banyak janji yang sudah pun dibalas
dengan undi oleh rakyat dapat dilaksanakan tanpa banyak alasan lagi.
Selamat datang 2019, tahun untuk rakyat menuntut janji dan
tahun untuk kerajaan menunaikan segala kata yang pernah dilafazkannya.
Comments
Post a Comment