TS DZUL KEMBALI KE SPRM...BAKAL BERMALAM DI LOKAP???



Selepas kira-kira 6 bulan 18 hari berambus secara sukarela daripada SPRM sejak 14 Mei lalu, kini bekas KP SPRM, TS Dzul akan kembali muncul di bangunan ikonik Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pagi ini.

Sebagaimana dia berambus bagaikan sampah malam itu, maka orang yang pernah dilabel sebagai pengkhianat oleh DS Shukri Abdull ini juga akan diheret dengan keadaan sama pagi ini ke dalam bangunan SPRM.

Jika dulu dia diberi tabik hormat setiap bulan, tapi kali ini Si Kitul moden ini akan merasa ditunjal kepalanya ketika disoal siasat berhubung isu pindaan laporan audit akhir 1MDB.

KS juga berharap, pegawai penyiasat SPRM bukan sahaja bertanya berkaitan isu pindaan audit ini, tapi skop yang lebih besar dan luas iaitu berhubung 21 soalan yang pernah bangkit oleh seorang blogger hasil maklumat perisikan keselamatan negara.

Jika sudah lupa, KS ingatkan kembali:

Soalan-soalan itu adalah:

1.       YA atau TIDAK sebelum menjadi KP SPRM, beliau pernah ke Indonesia menemui Nik Faisal Ariff Kamil, Pengarah Urusan SRC International untuk memberikan panduan dalam menghadapi soalan-soalan SPRM berkaitan kes siasatan SPRM terhadap syarikat berkenaan? Adakah ini SOP baru Jabatan Peguam Negara untuk setiap Timbalan Pendakwa Raya membantu suspek siasatan?  Bukankah perbuatan sebegini umpama “gunting dalam lipatan”?

2.       YA atau TIDAK sebelum menjadi KP SPRM, beliau pernah pergi ke Bangkok untuk menemui wakil PetroSaudi, Patrick Mahony? Adakah tujuan ke sana bagi membincangkan kes 1MDB selepas Xavier Justo mendedahkan sesuatu yang mengejutkan sebelum itu? Bukankah kes IMDB disiasat oleh Polis manakala kes melibatkan SRC International pula telah diarahkan tutup sebelum itu? Mengapa beliau masih perlu menemui wakil PetroSaudi itu?

3.       YA atau TIDAK sebelum menjadi KP SPRM, beliau melalui Datuk V (turut berada di pentas semasa Majlis Perasmian Kompleks Ibu Pejabat SPRM Presint 7) pernah bersama-sama “Dann Idris” menemui isteri MO1 bagi membincangkan kes melibatkan MO1? Bukankah pertemuan ini merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972?


4.       YA atau TIDAK sebelum menjadi KP SPRM, beliaulah Timbalan Pendakwa Raya yang mengkaji kes siasatan SPRM terhadap SRC International dan seterusnya mengesyorkan “Tiada Kes” dalam kes tersebut? Mengambil kira Soalan 1 dan 2 di atas, tidak menghairankan sekiranya beliau memutuskan “Tiada Kes”’ terhadap Pegawai Kanan SRC International dan MO1 sedangkan Panel Penilaian Operasi SPRM yang terdiri dari kalangan profesional dan mereka yang tidak berkepentingan serta dilantik pula oleh Perdana Menteri turut bersetuju dengan hasil siasatan yang diperoleh SPRM.

5.       YA atau TIDAK sebelum menjadi KP SPRM dan sebelum Peguam Negara membuat sidang media mengumumkan siasatan SPRM terhadap SRC International itu “Tiada Kes” dan “Kes Ditutup”, beliau telah terlebih dahulu menemui dan merujuk draf kenyataan media berkaitan kepada isteri MO1 untuk persetujuan? Natijah daripada peranannya itu, satu “ganjaran” penting menantinya di atas sumbangan besar yang telah diberikan... iaitu JAWATAN KP SPRM.

6.       YA atau TIDAK semasa menjadi KP SPRM, beliau pernah berada di Riyadh untuk menemui Jho Low seterusnya ke Jeddah untuk menunaikan umrah dengan menaiki pesawat peribadi milik Jho Low? Bukankah ini satu bentuk suapan dan juga satu kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Kesiksaan?

7.       YA atau TIDAK semasa menjadi KP SPRM, beliau pernah pergi ke USA bersama-sama dengan seorang peguam ternama untuk menemui beberapa pihak di USA?  Apa agaknya urusan di sana?  Adakah untuk memohon agar siasatan IMDB dapat “diperlahankan” sehingga selesai PRU ke-14? Patutlah perakuan SPPK sehingga ke hari ini pun MO1 tak mahu persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong. Rupanya ada sebab mengapa KP SPRM ini dipertahankan sedemikian rupa.


8.       YA atau TIDAK semasa menjadi KP SPRM dan semasa hendak ke USA melalui India, beliau keluar dari KLIA tanpa menggunakan autogate bagi mengelakkan pasportnya dikesan dan misi rahsianya diketahui? Nampaknya beliau banyak belajar dari kesilapan terdahulu semasa dalam misi rahsia di Bali.

9.       YA atau TIDAK semasa menjadi KP SPRM, beliau pernah menerima wang tunai sebanyak RM300,000.00 daripada seorang Ahli Parlimen dari Kedah?   Dimanakah duit itu dan untuk tujuan apa diberikan;   untuk Program Ziarah Kasih atau digunakan untuk “memadu kasih”? Bukankah ini satu bentuk suapan memandangkan Ahli Parlimen tersebut pernah disiasat SPRM? Sekurang-kurangnya MO1 berani membuat pengumuman untuk “menderma” sebanyak RM5 juta kepada Yayasan Prihatin SPRM berbanding Ahli Parlimen berkenaan.


10.   YA atau TIDAK semasa menjadi KP SPRM, beliau telah mewujudkanThink Tank Operation (TTO) terdiri daripada Pegawai-pegawai SPRM yang young, ambitious andoverzelous termasuk “Dann Idris” bagi mencatur tindakan operasi SPRM dalam mencapai impian “satu minggu satu tindakan, satu minggu satu pertuduhan”?  Setiap tindakan operasi SPRM perlu mendapatclearance daripada TTO hingga menyebabkan banyak kes lain yang berkualiti terpaksa menunggu lama sebelum boleh diambil sebarang tindakan.  Bukankah beliau pernah menyebut beberapa kali bahawa SPRM sekarang lebih hebat mengalahkan selebriti kesan daripada tindakan-tindakan operasi yang dicatur oleh TTO ini?  Kegilaan inilah yang menyebabkan SPRM kini dipandang masyarakat sebagai agensi yang mengejar populariti dan bukannya lagi agensi yang berjuang untuk integriti.

11.   YA atau TIDAK semasa menjadi KP SPRM, beliau pernah membuat kenyataan media bahawa SPRM tidak akan mengambil apa-apa tindakan yang melibatkan ahli-ahli politik sebelum PRU ke-14 agar kelak tidak disalahtafsir atau dipolitikkan?  Sebaliknya selepas kenyataan dibuat, semakin galak pula SPRM mengambil tindakan di Pulau Pinang dan Selangor.  Di Sabah pula, tindakan diambilnya kerana kepemimpinan SPRM sebelum beliau telah “gagal” untuk bertindak dengan sepatutnya.  Bukankah bekas Menteri Kabinet itu telah “mula diekori” sejak beliau menubuhkan parti baru. Sepanjang menjadi KP SPRM beliau kerap ke Sabah berbanding negeri lain.  Untuk apa agaknya dan berapa banyak pula kos penginapan bilik suite yang sentiasa menjadi pilihannya.

12.   YA atau TIDAK semasa menjadi KP SPRM, beliau pernah terlibat dalam mencaturkan perubahan kepemimpinan dalam PDRM sehingga KPN sedia ada ketika itu terpaksa beralih bidang bagi “memastikan tiada ancaman keganasan dalam industri rel”?   Ikut kekananan, orang nombor 2 yang patut jadi KPN, tetapi akhirnya orang nombor 5 atau 6 dalam PDRM yang menjadi KPN? “Dann Idris” perlu berhati-hati dan perlu bijak “menyimpan rahsia” serta jangan terlalu berlagak bercakap sesedap hati.

13.   YA atau TIDAK semasa menjadi KP SPRM, beliau telah mengarahkan agar “Dann Idris” dibekalkan denganbogus IC walaupun ia bertentangan dengan SOP yang diguna pakai oleh SPRM selama ini?  Bogus IC itu pula pernah digunakan oleh “Dann Idris” bagi mengelirukan anggota penguat kuasa agama ketika beliau ditangkap khalwat oleh JAIS pada bulan Disember tahun lepas. Bukankah penggunaan bogus IC yang dibekalkan bagi tujuan operasi ini telah disalahgunakan dengan sewenang-wenangnya bagi maksud peribadi “Dann Idris”? 

14.   YA atau TIDAK semasa menjadi KP SPRM, beliau telah membenarkan supaya dua kenderaan bagi maksud operasi SPRM didaftarkan menggunakan bogus IC “Dann Idris”?  Peliknya, kenderaan itu tidak pernah digunakan untuk maksud operasi kerana anak-anak buah “Dann Idris”  pun tidak tahu-menahu tentang kewujudan kenderaan operasi itu.  Sebaliknya kenderaan operasi berkaitan banyak digunakan untuk kegunaan peribadi “Dann Idris” dan pastinya turut dinikmati sama oleh KP SPRM.  Sudah barang pasti juga, penggunaan minyak untuk semua urusan ditanggung sepenuhnya ihsan oleh Kerajaan Malaysia.

15.  YA atau TIDAK semasa menjadi KP SPRM, beliau telah bertindak menukarkan dengan serta-merta seorang Pegawai Kanan SPRM dan beberapa Pegawai lain kerana telah membuat semakan rekod kewangan ke atas “Dann Idris” kesayangannya dan memberi keterangan yang benar kepada pegawai penguat kuasa JAIS dalam kes khalwat melibatkan “Dann Idris”?  Pastinya Pegawai Kanan SPRM tersebut tidak akan berani membuat semakan rekod itu tanpa restu daripada Pegawai SPRM yang lebih kanan.   Pastinya juga mereka tidak mahu dituduh memberikan kenyataan palsu kepada pegawai penguat kuasa agama itu memandangkan “Dann Idris” bukanlah nama sebenar individu tersebut.

16.   YA atau TIDAK sepanjang menjadi KP SPRM, beliau kerap kali tidak hadir atau menghantar wakil untuk menghadiri Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri yang bertanggungjawab mengenai integriti?  Beliau juga enggan menemui Menteri serta mendabik dada mempersoalkan “siapakah Menteri ini”?  Akibat kebongkakannya itu,  Menteri akhirnya memperkenalkan JITN dan akhirnya semua Pegawai SPRM yang mengetuai Unit Integriti di Kementerian/Jabatan kini “menganggur” tanpa portfolio setelah semua jawatan Ketua Unit Integriti di Kementerian/Jabatan bakal dipenuhi oleh PTD.

17.   YA atau TIDAK semasa menjadi KP SPRM, beliau pernah mengingatkan Pegawai SPRM supaya jangan bermimpi beliau akan dikeluarkan dari SPRM kerana beliau akan kekal memegang jawatan tersebut hingga tahun 2021? Begitu angkuh dan bongkaknya peringatan tersebut hingga beliau lupa yang meletakkan atau yang akan menurunkan beliau dari kerusi KP SPRM kelak bukannya MO1 atau isteri MOI atau inner circle Pejabat MO1 yang diketuai oleh Tan Sri HR atau Dato’ Seri AAAR.

18.  YA atau TIDAK sepanjang menjadi KP SPRM, beliau tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung dengan siasatan ke atas 1MDB sedangkan di serata ceruk dunia tindakan jenayah dan sivil telah dimulakan?  Mengambil kira soalan 1 hingga 7, tidak hairanlah mengapa beliau sehingga ke hari ini begitu “setia” dalam mendepani kes 1MDB.   Setiap kesetiaan sudah tentu ada harganya.  Ini terbukti ketika masih di NRRET, beliau telah dinaikkan pangkat ke Jusa B seterusnya diberikan pula KUP Jusa A, menjadi KP SPRM pada bulan Ogos 2016 di gred Turus III dan diberikan KUP Turus II pada bulan Februari 2017 ketika berusia sekitar 50 tahun.  Kesemua kenaikan ini adalah dalam tempoh setahun serta wajar dicemburui dan  menjadi inspirasi kepada semua Pegawai Perkhidmatan Awam.

19.  YA atau TIDAK, beliau adalah individu yang dikaitkan dengan percutian bersama-sama wanita berstatus isteri orang sebagaimana yang terdapat dalam Video Skandal Bali?


20. YA atau TIDAK, beliau ada membuat permohonan kepada KSN sebagaimana ditetapkan dalam Pekeliling bagi maksud percutian persendirian tersebut?

21. YA atau TIDAK, beliau menggunakan duit persendirian dan bukannya peruntukkan jabatan bagi maksud percutian itu?

KS amat berharap agar pegawai penyiasat SPRM bertanyakan 21 soalan ini kepada manusia yang cakap tak serupa bikin ini.

Tidak perlulah simpati, hingga ada yang kononnya mendoakan dia menghadapi perkara ini dengan tabah serta dipermudahkan. Huduhnya perangai si juak kaki jilat.


Bukanlah KS berdendam atau menanam kebencian yang amat sangat, tapi kita juga perlu berlaku adil kepada rakyat yang menderita akibat tangan2 kotor ini.

Malah pada KS, kita juga ada had untuk memberi sangka baik ataupun memberi peluang kepada seseorang.

Jika mereka melakukan kemungkaran secara terang-terangan, adakah kita masih mahu berlembut. Adakah individu tidak berintegriti seperti ini perlu kita lindungi atau agungkan??

Ingat, akibat tahap kompromi yang tinggi terhadap kemungkaran yang berlaku secara terang-terangan inilah yang menyebabkan negara kita musnah.

Selain itu, KS juga ingin ingatkan kembali kepada pihak PDRM, janganlah buat-buat lupa siasatan kes Bali. Kenapa separuh jalan? DPP masih ragu-ragu hendak dakwa??..janganlah jadi pahat dan penukul...sekali ketul baru hendak jalan...


Apa-apa pun, KS hendak ucapkan welcome back TS Dzul...good luck brooo... Dari uniform ke baju oren…

Comments