Satu lagi kecurangan yang tidak
sepatutnya berlaku dalam Tabung Haji terdedah kepada kita semua.
Selepas dua laporan polis oleh
Tabung Haji terhadap bekas Pengerusinya, Abdul Azeez Rahim dan beberapa
pengurusan kanannya pada awal bulan lalu, sebuah akhbar di Singapura membuat
satu lagi pendedahan mengejutkan mengenai agensi untuk membawa jemaah haji ke
Mekah itu.
Menurut laporan itu, Tabung Haji
telah memalsukan buku akaunnya semata-mata untuk menunjukkan prestasi yang baik
bagi pembayaran dividen yang dibuat sebelum PRU14 lalu.
Pada ketika itu, dividen yang
diumumkan ialah 6.25 peratus dengan jumlah pembayaran ialah RM2.7 bilion
daripada kentungan bersih yang kononnya diraih sebanyak RM2.8 bilion.
Pembayaran dividen itu dibayar
tiga bulan sebelum tarikh pilihanraya umum yang lalu.
Perbuatan memalsu atau dalam erti
kata lain menipu dalam buku akaun itu semata-mata untuk mewajarkan pembayaran
yang tinggi kepada pendeposit sebelum PRU14 itu jelas menunjukkan Tabung Haji
turut dipergunakan untuk kepentingan politik UMNO dan BN sebelum ini.
Siapakah yang memberi arahan
memalsukan buku akaun itu?
Adakah ia atas arahan Abdul Azeez
Rahim selaku Pengerusi Tabung Haji ketika itu?
Atau Abdul Azeez sendiri
diarahkan oleh seseorang lain yang lebih atas daripadanya?
Kenapa dipalsukan?
Keuntungan berkurangan atau
kerana adanya "kong-kali-kong"?
Jika tidak dipalsukan akaunnya,
berapakah agaknya keuntungan sebenar Tabung Haji ketika itu?
Selain itu, dalam pendedahan
akhbar Singapura itu, turut didedahkan bahawa nilai aset Tabung Haji telah
berkurangan sebanyak RM4 bilion sejak 2017 berbanding RM64 bilion yang
dimasukkan oleh pendeposit.
Jumlah kekurangan aset itu
dikatakan akan terus membesar selepas tahun 2017.
Ke mana hilangnya aset-aset
tersebut?
Rugi? Dijual? Atau disonglap?
Tabung Haji atau LUTH -
kedua-duanya adalah nama yang sama bagi sebuah agensi suci yang dinamakan
"Lembaga Urusan Tabung Haji" yang diwujudkan untuk memudahkan umat
Islam menunaikan rukun Islam kelima.
Siapa dan sejak bilakah wujudnya
"lembaga" yang tidak tahu malu dan tidak henti-henti membuat onar
serta kecurangan dalam Tabung Haji?
Comments
Post a Comment