SATU LAGI SKANDAL FELDA, APAKAH ISA SAMAD AKAN DICEKUP SPRM BUAT KALI KEDUA?



Apa khabar pakcik dan makcik Felda di seluruh negara?

Harga getah dan kelapa sawit macam mana sekarang ini?

Bayaran bulanan hasil tanaman pula bagaimana, masih selalu lewat diterima seperti beberapa bulan sebelum ini atau sudah dibayar tepat pada waktunya?

Sarapan apa pakcik dan makcik Felda pagi tadi?

Sambil bersarapan pagi tadi, akhbar apa yang dibaca?

(Bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas 10 pertuduhan pecah amanah dan rasuah menerima rasuah berjumlah lebih RM3 juta berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel & Suit di Kuching Sarawak.)

Adakah pakcik dan makcik masih ingat mengenai tanah Felda di Jalan Semarak dikatakan sudah tergadai dengan bertukar hak milik sejak 2015 lagi?

Satu lagi skandal nampaknya berlaku dalam Felda setelah sekian banyak didedahkan sebelum ini, malah ramai juga yang ditangkap dan dipenjara sejak tahun-tahun kebelakangan ini berkaitan dengannya.

Sumber-sumber mengatakan tanah Felda itu dipindah-milik kepada syarikat pemaju yang membangunkan tanah tersebut dengan alasan untuk memudahkan mereka memperolehi pinjaman dengan pihak bank.

Tetapi, tidakkah tindakan itu ternampak pelik dan luar biasa kerana Felda adalah kepunyaan para peneroka yang membanting tulang pagi dan petang dan adakah syarikat pemaju itu begitu lekeh tarafnya?

Penat-penat pakcik dan makcik Felda membanting tulang mengusahakan ladang, akhirnya dengan mudah saja tanah yang dianggarkan bernilai RM200 juta  itu dipindah-milik kepada sebuah syarikat lain.

Siapakah yang memberi kebenaran kepada pindah-milik tanah tersebut?

Adakah Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Felda ketika itu yang meluluskannya?

Adakah kelulusan itu dalam pengetahuan Najib Razak yang memang diketahui umum bahawa Felda adalah di bawah dagu dan jagaannya sejak beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi?

Apakah Isa Samad sekali lagi akan dicekup oleh SPRM dalam waktu terdekat ini?

Kepada peneroka pakcik dan makcik Felda pula, apakah nasib anda sekarang?

Comments