PRESIDEN UMNO KAKI RASUAH!!! APA PULA NASIB UMNO SELEPAS INI???



KS sebenarnya tidak minat ulas politik. KS nonpartisan.

Tetapi KS prihatin dengan isu rasuah. Jadi, tidak dapat tidak KS kena juga ulas pasal politik yang telah pun ditanam dengan budaya rasuah sekian lama.

KS kecewa lagi...kecewa sebab parti politik besar orang Melayu iaitu UMNO masih mengangkat pemimpin yang korup sebagai Presiden..

KS tidak kisah pun apa yang bakal terjadi pada UMNO...tapi penyebaran budaya rasuah dalam kalangan orang Melayu akan terus merebak jika inilah pemimpin yang mereka pilih...malang bukan???

Ramai orang UMNO tahu...kalau Zahid berucap...ia macam helikopter tidak boleh landing...Berjam-jam berlegar tunggu habis minyak...

Kalaulah ada pemberian markah...maka patut diberi 2 markah sahaja. Satu sebab dia naik pentas. Satu lagi sebab dia berucap...

Isi kandungan ucapan kosong (0).

Kalau ada markah tambahan, markah kesian kena bagi satu lagi sebab dia pandai naikkan bulu kening...

Tapi yang peliknya, orang UMNO masih percaya dan buat-buat tidak tahu dengan perangai 'kuat kencing' Zahid..

Jika zaman pemerintahan regim Najib Razak dulu...bukan saja rakyat biasa dikencing atau ditipunya...malah orang UMNO sendiri pun kena kencing...

Bercakap kosong tanpa bukti...itulah Zahid dulu,kini dan selamanya...

Tapi KS tahu...Zahid sendiri mempunyai perasan bercampur...apa tidaknya...SPRM telah memulakan langkah menyiasat Zahid kerana didakwa menyogok anggota-anggota parti UMNO bagi memenangi jawatan presiden sewaktu pemilihan parti.

Tidak cukup dengan itu, Zahid juga didakwa lagi  dengan satu pertuduhan tambahan iaitu melakukan pecah amanah jenayah membabitkan wang RM10 juta milik Yayasan Akalbudi, tiga tahun lalu.

Mengikut pertuduhan terbaharu itu, Zahid sebagai ejen iaitu Pemegang Amanah Yayasan Akalbudi dan dalam kapasiti itu telah di amanahkan dengan harta iaitu wang RM10 juta milik yayasan berkenaan telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta itu di mana beliau telah dengan curangnya memberi pinjaman kepada Armada Holdings Sdn Bhd.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Jalan Bunus, No 133, Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India di sini pada 8 Disember 2015.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 20 tahun dan dengan sebatan dan hendaklah juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Zahid juga telah mencipta sejarah menjadi Presiden UMNO yang pertama dalam sejarah 72 tahun parti itu berdepan dengan 46 pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram.

Ini benar-benar suatu catatan sejarah ‘gemilang’ sepanjang kewujudan UMNO sejak tahun 1946.

Apakah Zahid rela nama UMNO tercemar atas pendakwaan terhadap dirinya atau beliau akan meletakkan jawatan untuk mengelakkan nama UMNO terkait sama dengan kes yang melibatkan dirinya?

Wes Mangan Pak Jahid???..

Apa pula nasib UMNO selepas ini???

Comments