Kemenangan DS Zahid Hamidi sebagai
Presiden UMNO tidaklah mengejutkan, malah sudah pun dijangka pada Julai lalu.
Kemenangan dengan rasuah…
UMNO, meskipun nasibnya sudah
berubah daripada kerajaan kepada pembangkang, tetapi sikap, pemikiran dan
keputusan perwakilan dalam memilih pemimpin sama sekali tidak berubah.
Gambaran pemilihan lalu ialah
UMNO telah menolak perubahan dan masih kekal dengan stail lama dalam memilih
pemimpin di mana politik wang dan "sistem cai" masih lagi menjadi amalan.
Dengan "sistem cai"
yang bersamanya dikatakan turut diselitkan pemberian wang tunai, "sampah
sarap" dan "kayu" pun akan turut terpilih sebagai pemimpin jika
mereka termasuk dalam senarai tersebut.
Itulah yang terus berlaku dalam
UMNO - dulu, kini dan selamanya sama ada di peringkat cawangan, bahagian dan
pusat.
Zahid Hamidi yang dipilih
memimpin UMNO bukan saja berwatak lemah dan banyak masalah, malah beliau adalah
"kroni kanan" kepada DS Najib
Razak yang sudah ditolak rakyat, malah kedudukannya sebagai pemangku presiden
sebelum ini adalah kelebihan baginya untuk meraih kemenangan melalui peranan
"warlords" di pelbagai peringkat.
Meskipun UMNO memilihnya sebagai
peneraju yang baru, tetapi adakah rakyat di luar UMNO, pengundi atas pagar,
anak muda dan pengundi bukan Melayu dapat menerima dan lebih meyakininya?
Siapakah yang dapat meyakini
Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri untuk pilihanraya akan datang?
Bahkan, kedudukan Zahid Hamidi
yang telah didakwa dengan 46 pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan sama ada
berkaitan wang haram yang diterima, berkaitan urusan kemasukan pendatang
Bangladesh atau lain-lain perkara yang belum kita ketahui, keadaan ini sekaligus meletakkan UMNO selepas
ini dalam kedudukan yang bahaya sekali lagi.
Apakah, selepas Najib terpaksa
mengundurkan diri kerana kalah pilihanraya dan terlibat dalam skandal kewangan terbesar melibatkan
dirinya, UMNO harus menerima satu lagi "malapetaka" disebabkan
seorang lagi presidennya turut disiasat dan tidak mahu mengundurkan diri?
Jika pun tidak disiasat, mampukah
UMNO berdepan dengan pelbagai isu yang melibatkan Zahid Hamidi jika ianya
dijadikan isu berterusan oleh Pakatan Harapan?
Yang tidak kurang malangnya bagi
UMNO, meskipun keputusan rasmi belum dikeluarkan lagi, ialah juga mengenai ramainya
ahlinya telah keluar daripada barisan.
Yang tinggal adalah kalangan yang
kuat menyokong, membodek dan mengampu…
Apakah yang mereka ini mampu
tawarkan untuk memulihkan imej UMNO jika kesalahan Zahid yang terang lagi nyata
pun mereka sanggup terus menyokongnya?
Kebimbangan lain ialah jika
sebelum ini mereka sanggup mempertahan perkara yang tidak betul dan bersekongkol
dengan salah laku Zahid, apakah tidak mungkin sikap itu akan berterusan ada
dalam diri mereka sampai bila-bila?
Selain itu, bagaimana jika
majoriti Ahli Majlis Tertinggi yang terpilih kali ini turut terbukti pernah
menerima wang haram 1MDB daripada Najib dan merupakan sebahagian daripada 900
pemilik akaun bank yang sudah dibekukan oleh SPRM?
Apakah nasib dan kedudukan mereka
selepas ini?
KS: “Saki baki penyamun" yang
mewarisi kepimpinan UMNO ketika ini. Mana geng2 Azalina...Lokman Adam mana...mana...hangpa semua pi mana...holiday ka???
Comments
Post a Comment