PILU DAN SEDIH...



Pagi ni tiba-tiba berasa pilu dan nak menyanyi... 

Lagu sedih orang berpisah.  Ada dua lagu, satu untuk dinyanyikan oleh orang yang melompat. Yang kedua lagu orang yang ditinggalkan kepada orang yang melompat tadi.

Jom kita nyanyi kedua-dua lagu tersebut. Lagu yang pertama dinyanyikan oleh puak yang melompat. 

Mari kita nyanyi mengikut rentak lagu Selamat Tinggal Bungaku nyanyian  Wann;

Selamat tinggal parti ku
Aku bermohon lompat dahulu
Terima kasih seruan ku
Jasa mu untuk harta ku

Ke Amanah atau ke Bersatu
Tak tentu di mana nak tujukan
Setitik airmata
Dititiskan dibuang jangan

Sekiranya aku masih
Berada nun jauh di dalam lokap
Salam yang menakutkan
Khabar yang memilu ku kirimkan

Inikah akhir berucap
Bila nian kan ku kencing lagi
Ingatlah pesanan ku
SPRM mari baiklah lari


--------------------------------

Lagu yang kedua adalah untuk dinyanyikan oleh pihak yang ditinggalkan oleh puak yang melompat tadi. Ayuh kita dendangkan mengikut rentak lagu Selamat Jalan Romeo nyanyian Ramlah Ram;

Jangan... cuba... merayu lagi
Tak kan ku ulangi separti dengan mu
Jangan... cuba... menggoda lagi
Tak kan ku ulangi berjuang dengan mu
Manis mulut berbisa
Memang ku terpedaya

Kini ku menyedari
Engkau pandai berpura
Terpaksa ku melupakan
Dedak mu yang tak seberapa

Sungguh ku tak menyangka
Ramainya penyokong
Terkeliru oleh mu

Dedak
Bagi diri mu
Tiada ubahnya
Bagai menjamu hantu

Cukup hanya sekali
Hati ku kau sakiti
Selamat jalan YB ku
Lebih baik ku sendiri

Trima kasiiiiiiih...



Comments