Kalau betul Perjuangan SAYANGKAN
BANGSA MELAYU, yang keluar dari UMNO tu tak payah la nak masuk bersatu. Masuk
DAP.
Yang memusuhi DAP kerana
mengangga ianya parti Cina, itu petanda yang menunjukkan mereka jenis yang tak
mengikuti perkembangan atau tidak memahami situasi sebenar.
DAP adalah parti berbilang kaum.
Dalam DAP ada ramai Melayu Muslim. Musuh menggunakan alasan majoriti ahli DAP
Cina untuk mengatakan DAP parti chauvinis Cina padahal ahli DAP terdiri dari
semua kaum.
Mengapa DAP ramai Cina? Kerana
DAP memperjuangkan semangat demokrasi tulen, yang menjulang hak kesamarataan.
Tapi itu dulu. DAP sendiri telah sedar politik begitu bukan cara Malaysia.
MCA adalah sebuah parti Cina yang
tulen. Ada perkataan 'Chinese' pada nama parti mereka. Yang peliknya orang
Melayu terutama Pas dan Umno tidak pula menentang MCA.
Gerakan pula adalah parti
berbilang kaum tetapi didominasi oleh kaum Cina. Kaum lain entah berapa persen
sahaja. Tapi masa Gerakan dalam BN, elok pula orang Melayu sokong Gerakan.
Jadi kenapa DAP yang jadi musuh?
Tak lain tak bukan kerana permainan politik busuk Umno yang kemudiannya diikuti
oleh Pas. Umno menyedari kesan pengaruh DAP dan untuk menjauhkan DAP dari orang
Melayu, maka diomokkan kononnya DAP parti Cina.
Orang Cina tertarik kepada DAP
kerana itu sahaja alternatif yang mereka ada ketika itu. MCA telah menjadi
parti kayu, tidak memahami agenda rakyat manakala parti lain lebih bersifat
perkauman.
Di zaman DAP ditubuhkan, hanya
Pas parti pembangkang selain DAP. Tetapi Pas ketika itu menutup rapat pintu
kapada yang bukan Islam. Jadi ke mana orang Cina mahu pergi jika mereka menolak
MCA?
Kalau betul bimbang DAP akan
memusnahkan orang Melayu, satu sahaja caranya. Orang Melayu beramai-ramai
berhijrah ke DAP. Jadi kaum yang dominan dan kemudian, ketika pemilihan, angkat
orang Melayu jadi presiden. Sebab DAP parti berbilang kaum.
Tak guna fitnah yang bukan-bukan.
Masuk DAP, rampas kuasa secara demokrasi, dari dalam. Sebab itu aku cadangkan
mana-mana pemimpin Umno yang mahu lompat parti, lebih baik jangan masuk Bersatu
tapi masuklah DAP.
Jadikan DAP parti yang dipenuhi
Melayu. Dengan cara itu, hilanglah cerita DAP dengki dan nak hapuskan Melayu.
Amacam? Berani? Kalau betul perjuangkan Melayu, buatlah begini.
Tapi kalau sebenarnya perjuangkan
poket... Erm... Takyah cerita la...
Harap SPRM nampak apa yang suka duk lompat ni buat sebelum ini.
Comments
Post a Comment