Selepas kalah pilihanraya yang
berpunca daripada DS Najib Razak dan skandal 1MDB yang terkait secara langsung
dengannya, tanda-tanda malapetaka kedua bakal menimpa UMNO ternampak semakin
terang lagi nyata sebaik saja DS Zahid Hamidi diumumkan sebagai Presiden UMNO
yang baru.
Hanya beberapa jam setelah
memenangi jawatan tersebut, beliau dilaporkan akan dipanggil oleh SPRM untuk
dirakam keterangannya pada esok (Isnin) berhubung dakwaan salah guna wang
sebuah yayasan yang dipengerusikannya.
Difahamkan Zahid Hamidi disiasat
berhubung dakwaan menyalahgunakan wang tersebut untuk kegunaan peribadi dan
membayar kad kredit beliau serta isterinya yang berjumlah kira-kira RM800 ribu.
Kenapa wang yayasan yang tujuan
asasnya untuk membantu orang miskin, anak yatim, pusat tahfiz, pembinaan masjid
dan sebagainya digunakan untuk membayar kad kredit sendiri dan isterinya?
Apakah Zahid Hamidi tidak cukup
wang sendiri untuk membayar perbelanjaan peribadi?
Daripada manakah pula datangnya
sumber wang yayasan tersebut?
Apakah benar ia sumbangan
rakan-rakannya yang mahu beramal jariah atau hasil komisyen projek-projek
kerajaan yang diberikannya kepada kawan-kawannya?
Jika sebahagian wang dalam
yayasan itu merupan duit komisyen, tidak rasa bersalahkan ia digunakan untuk
membantu orang miskin, anak yatim, pusat tahfiz, pembinaan masjid dan
sebagainya
Selain berkaitan salah guna wang
yayasan itu, Zahid Hamidi juga pernah dipanggil oleh SPRM untuk direkodkan
keterangannya berhubung dakwaannya sebelum ini pernah berjumpa wakil keluarga
penderma yang memasukkan RM2,600 juta ke akaun peribadi Najib.
Berdasarkan kedua-dua kes beliau
dipanggil mengadap SPRM, secara umumnya ramai yang mengetahui bahawa Zahid
Hamidi telah terheret ke fasa tahanan SPRM dan seterusnya pendakwaan di
mahkamah.
Ini kerana kes berkaitan yayasan
itu itu dilihat jelas suatu perbuatan pecah amanah, manakala pertemuan dengan
wakil keluarga Diraja Arab Saudi itu pula terang-terang suatu pembohongan atau
bersubahat melindungi salah laku Najib.
Siapakah wakil keluarga diraja
Arab Saudi yang dikatakan ditemui Zahid Hamidi itu sedangkan wang yang
dikatakan derma yang diterima Najib, mengikut penyiasat antarabangsa dan
didedahkan DOJ sebelum ini, ia adalah bersumberkan 1MDB yang dilencongkan dan
dimasukkan oleh Jho Low?
Untuk menjaga nama baik parti,
Zahid Hamidi perlu meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO dengan segera.
Jika itu yang bakal terjadi,
tidakkah beliau akan menjadi Presiden UMNO yang paling singkat perkhidmatannya
dalam sejarah parti itu?
Dengan malapetaka bertimpa-timpa
melanda UMNO, relevankah lagikah parti itu sebagai payung untuk melindungi
orang-orang Melayu?
Hmmmm....malang sungguh nasibmu
UMNO - daripada Najib beralih ke Zahid Hamidi, malapetaka yang datang bagaikan
diberikan kad undangan!!
Comments
Post a Comment