Pesakit tua itu semakin nazak…
Kali ini matanya pun sudah hampir
ditutup rapat. Nafasnya tersekat-sekat. Suaranya lemah seolah-olah berbisik.
Sukar difahami.
Anak-anaknya yang ramai di
sekeliling hanya mampu duduk melihatnya. Ada anak-anak yang sudah mula keluar
meninggalkannya di wad itu. Mereka sudah
hilang harapan yang dia akan kembali sembuh kali ini.
Ya usianya sudah lewat. Sudah 72
tahun. Dia dilahirkan di sebuah istana di selatan negara pada bulan Mei 1946.
Antara yang nenyambut kelahirannya termasuklah seorang doktor tersohor dari
Kedah yang masih muda belia pada waktu
itu.
Rakan-rakan sebaya pesakit itu sudah
ada yang telah meninggalkan alam fana ini. Ketika usianya 42 tahun iaitu pada
Februari 1988 dia pernah diserang sakit teruk. Nadinya pernah terhenti.
Doktor tersohor dari Kedah tadi
cuba memberikan CPR kepadanya. Mujurlah jantungnya berdenyut kembali. Dan dia
terus sihat lalu terus bekerja membuat jasa kepada anak bangsa.
Tetapi dia tak jaga makan
minumnya. Ada antara makanan nya sangat berbisa dan beracun. Makan bersuap-suap…
Anak-anaknya khususnya anak-anak kesayangannya tidak membantu menjaga makan
minumnya. Malah merekalah yang suap menyuap…menyajikannya makanan berbisa itu.
Akhirnya pada Mei 2018 orang tua
itu diserang stroke lalu terjatuh. Sebelah badannya lumpuh. Dia hampir koma dan
terlantar tidak bermaya hingga kini. Sudah 7 bulan dia di ICU. Tak pasti dia
akan pulih atau tidak kali ini.
Lebih membimbangkan orang tua itu
juga diserang dengan penyakit berjangkit dan dan mungkin akan menjadi wabak.
Penyakit ini juga menjangkiti
anak-anaknya…malah ada anak-anaknya bertukar dari sihat segar bugar terus
tiba-tiba tidak boleh berjalan, kena bertongkat, berkerusi roda, tiba-tiba kena
pasang tiub melalui hidung, telinga dan sebagainya, tiba-tiba patah tengkuk dan
terpaksa memakai anduh leher, malah ada yang terus RIB (rest in bed) dan tak boleh jumpa orang
ramai.
Jika penyakit ini menyerang otak,
orang tua itu meracau- meracau dan meronta-meronta sambil menyebut beberapa
perkataan berulang2 seperti "aku tak salah, bukan aku yang ambik dan aku
tak ingat".
Ia bukanlah virus, bakteria atau
fungi. Juga bukan sebab sel-sel yang tidak normal seperti sel barah. Juga bukan
sebab buatan orang atau makhluk halus.
Sebaliknya penyakit misteri ini
berpunca dari tindakan agen yang agresif yang diringkaskan kodnya kepada SPRM…
Maka jalan terakhir, anak-anak
yang masih sayangkan orang tua itu mencari Doktor tersohor dari Kedah itu…
Atas ehsan Doktor tersohor itu
sesekali mengunjunginya untuk melihat-lihat keadaannya. Doktor itu walaupun
sudah lanjut usia, 93 tahun namun masih bertenaga dan cekap.
Anak-anak pesakit tua itu ada yang
memujuk doktor tua tadi supaya membantu bapa mereka yg sedang bertarung dgn
nyawa. Doktor tua hanya berdiam diri. Tidak pasti apakah doktor tua akan
memberikan CPR sekali lagi kepada pesakit tua itu atau terus memutuskan untuk
lakukan euthanasia ke atas si pesakit tua. Anak-anaknya sudah panik.
Jika euthanasia maka akan matilah
pesakit tua itu. Mungkin dia akan dilahirkan semula atau mengalami reinkarnasi
menjadi manusia lain.
Atau mungkin juga dia akan mati
terus menjadi sebahagian daripada sejarah. Segala2nya bergantung kepada
keputusan doktor tua yang tersohor itu...
Comments
Post a Comment