EXCO PERAK DALANG JATUHKAN MB PERAK!!! RASUAH…JANGAN BERSIFAT PILIH BULU!!!



Surat buat Kekanda Satria…

Umum ketahui keadaan politik di Perak berkocak kuat berikutan pendedahan Ketua Pembangkang Dato’ Saarani Mohamad yang menyatakan ada Exco kerajaan negeri Perak yang telah berjumpa beberapa ADUN UMNO dengan menawarkan pelbagai ganjaran seperti tawaran kedudukan selaku Exco kerajaan, pengerusi GLC dan projek-projek di masa depan sebagai balasan sekiranya memihak padanya untuk melakukan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Perak di sidang dewan undangan negeri yang sedang berlangsung ketika ini.

Dato Saarani juga memberi ‘bayangan’ Exco tersebut adalah individu yang pertikai kenyataan Menteri Besar Perak berhubung isu ‘mengeluarkan hak milik kekal kepada penduduk kg baru’. Kita semua sedia maklum Exco yang mempertikai kenyataan Menteri Besar tersebut adalah Dr Abdul Aziz Bari. Ia boleh dirujuk menerusi kenyataannya,
Exco pertikai kenyataan MB Perak - Perak - Sinar Harian http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/perak/exco-pertikai-kenyataan-mb-perak.


Ini jelas menunjukkan ‘bayangan’ Dato Saarani Mohamad ialah ADUN DAP tersebut iaitu Prof. Dr Aziz Bari. Sebelum pilihanraya ke 14 juga, Aziz Bari yang merupakan satu-satunya calon berbangsa Melayu dari DAP untuk DUN di Perak yang disebut-sebut bakal MB Perak.

Namun, ia telah dinafikan oleh Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming yang menafikan khabar angin tersebut dengan mengatakan "DAP Perak tidak pernah sekali pun berniat untuk merebut kerusi Menteri Besar Perak walaupun diberi mandat mentadbir kerajaan negeri pada PRU14 ini”.

Namun begitu, berdasarkan situasi terkini yang berlaku di politik negeri Perak hari ini, ia jelas membuktikan DAP Perak hanya bersandiwara bahawa mereka tidak berminat dengan kerusi MB Perak (untuk membendung kerisauan pengundi Melayu ketika itu) bila mana, Aziz Bari membuat gerakan agresif untuk menjatuhkan Menteri Besar Perak sehingga sanggup bersekongkol dengan ADUN-ADUN dari UMNO Barisan Nasional.

Dengan pendedahan ini, orang-orang Melayu di negeri Perak ini mesti sedar bahawa DAP Perak yang diterajui oleh Nga Kor Ming menerusi proksi mereka Dr Abdul Aziz Bari tidak akan sesekali berhenti dalam agenda peribadi mereka untuk menguasai kerajaan Negeri Perak ini!

Ikhlas,
Yop Anak Perok


Ulasan KS:
Dua perkara yang perlu diberi perhatian…

Pertama Isu Rasuah
Siapakah Exco kerajaan negeri Perak yang tidak bertanggungjawab yang menawarkan pelbagai ganjaran seperti tawaran kedudukan selaku Exco kerajaan, pengerusi GLC dan projek-projek di masa depan sebagai balasan sekiranya memihak padanya untuk melakukan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Perak berbuat demikian?

Kenapa dalam Pakatan Harapan masih ada perangai-perangai hodoh begini?

Tidakkah ini semua menyusahkan Tun Mahathir dan menghakis kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Harapan?

Adakah ini berkaitan dengan Abdul Aziz Bari??? Jika hasil siasatan SPRM terbukti wujud kesalahan telah dilakukan, Aziz Bari haruslah diambil tindakan yang sewajarnya berlandaskan undang-undang.

Diharap Tun Mahathir tidak melindungi sesiapa di dalam Pakatan Harapan yang didapati curang dan terbukti melakukan kesalahan.

Sebagaiman beberapa orang-orang politik era BN telah dibawa ke mahkamah kerana didapati ada bukti melakukan kesalahan, orang-orang politik Pakatan Harapan juga tidak harus dikecualikan daripada tindakan yang sama.

Malah kerajaan baru ini pasti akan lebih disanjung rakyat jika tidak bersikap pilih bulu dalam tindakannya menegakkan keadilan dan membongkar penyelewengan dalam kerajaan.

Kedua Gelaran Profesor
Profesor adalah gelaran yang datang bersama jawatan. Seseorang yang dilantik ke jawatan profesor dipanggil profesor. Selagi dia tidak dilantik ke jawatan tersebut maka dia tidak boleh memakai gelaran tersebut. Hatta dia dilantik ke jawatan Profesor Madya pun dia tidak boleh dipanggil profesor.

Oleh sebab gelaran ini datang bersama jawatan, selagi mana dia memegang jawatan tersebut maka dia boleh dipanggil profesor. Apabila dia bersara atau berhenti dari memegang jawatan tersebut maka dia tidak boleh lagi dipanggil profesor.

Peraturan kita menetapkan mereka yg nak bertanding dalam pilihan raya hendaklah meletakkan jawatan (dari agensi kerajaan). Maka profesor dari universiti awam hendaklah meletakkan jawatan sebelum boleh jadi calon. Jadi semasa mereka bertanding mereka tidak boleh lagi memakai gelaran profesor.

Ada orang tanya kenapa Aziz Bari masih memakai gelaran profesor hingga hari ini? KS jawab tak tahu. Sebab KS tak tahu beliau itu profesor di universiti mana.

Nota kaki: Baru belakon filem...dah ada yang nak caras MB...

Comments