Ini bukan cerita baru...cerita lama…lama sangat dah....
Kebebalan mereka memang amat sukar untuk dipulihkan.
Apa yang ingin KS ulas kali ini bukan isu buang sampah dari
tingkat atas rumah flat atau tidak flush kencing selepas menggunakan tandas
awam yang sering dikaitkan dengan minda masyarakat kelas ketiga.
Tetapi ia adalah isu 'sampah' dan 'najis' bukan fizikal
berbentuk fitnah atau propaganda jahat yang 'dibuang' menerusi media-media khususnya media sosial.
Sampah dan najis ini jika tidak dicuci maka itulah yang akan
masuk dan dihadam dalam minda masyarakat.
KS bawakan contoh najis yang dilempar kepada masyarakat,
telah diviralkan kononnya kes COO Tabung Haji bermotifkan politik semata-mata
dan semua saksi kes berkenaan telah di
ugut untuk memberikan keterangan palsu.
Berita beginilah yang KS katakan sebagai sampah atau najis
yang dilempar dan dihambur kepada masyarakat untuk dihadam.
Orang ramai yang tidak mempunyai akses atau sumber-sumber
kredibel berkaitan siasatan ini, sudah pasti menerima fitnah ini sebagai
sesuatu yang sahih.
Tetapi berdasarkan maklumat, ternyata perkara ini
sampah yang bertujuan menjatuhkan maruah SPRM.
Penyebar fitnah ini terlalu dangkal umpama mempunyai ketulan
najis menyekat fikirannya disebabkan mempunyai dendam politik.
Pesan KS, sebagai seorang pengamal undang-undang perlulah
rajin mengkaji akta-akta sedia ada. Lihat apa yang termaktub dalam Seksyen
48(h) Akta SPRM 2009...Baca, baca dan baca.
Lagipun, jika tidak berpuas hati, mohonlah gag order dari
mahkamah dan bukannya membuat bising di sana-sini hingga mengotorkan minda
masyarakat dengan palitan sampah-sampah.
Biarlah SPRM buat kerja mereka, jangan membuat fitnah dengan
memburuk agensi keramat ini hanya kerana dendam politik.
Comments
Post a Comment