SUMPAHAN SANG KELEMBAI



Ingat kisah Sang Kelembai???

Sang Kelembai ni suka sumpah orang jadi batu.

Dia tak sumpah jadi benda2 lain. Dia hanya suka sumpah orang jadi batu.

Pernah terfikir kenapa dia suka sumpah jadi batu?

Sebab bila seseorang itu kena sumpah jadi batu, dia menjadi tak berguna.

KS rasa hari ini ramai kita dah kena sumpah dengan Sang Kelembai ni, tanpa kita sedari.

Buktinya?

Kita ada mata, tapi kita seolah2 tak nampak apa yg berlaku kpd anak bangsa kita. Mata kita sudah jadi batu.

Kita ada telinga, tapi kita seolah2 tak dengar apa yg orang kata kpd bangsa kita. Telinga kita sudah jadi batu.

Kita ada mulut, tapi kita tak mahu guna utk bercakap ke arah memperbaiki untung nasib bangsa kita. Mulut kita sudah jadi batu.

Kita ada tangan dan kaki, tapi kita tak mahu bertindak utk kebaikan bangsa kita. Maka tangan dan kaki kita sudah jadi batu.

Kita ada otak, tapi tak mahu fikir mencari jalan demi kebaikan anak bangsa kita. Otak kita sudah jadi batu.

Kita ada hati, tapi tak ada rasa teringin nak berbakti utk majukan bangsa kita. Hati perut kita sudah jadi batu.

Cerdik sungguh nenek moyang kita yg mencipta kisah Sang Kelembai ni. Baru kini KS faham rahsia di sebalik sumpahan Sang Kelembai.

Tapi lebih celaka lagi orang kita yang memilih untuk jadi batu api, menghasut dan mengadu domba memecah-belahkan sesama sendiri. Orang mcm ni paling bagus disumpah jadi batu nisan saja...

Comments