Sejak Mei lalu satu penyakit
misteri telah menyerang ramai orang di negara kita. Pesakit yang diserang penyakit misteri ini
sebelumnya berada dlm keadaan sihat dan normal.
Malah sesetengahnya asalnya cukup
sihat, bertenaga, malah kuat dan gagah. Lebih membimbangkan penyakit ini
berjangkit dan dan mungkin akan menjadi wabak.
Bilangan pesakit meningkat hampir
setiap minggu. Mereka yang diserang penyakit ini bertukar dari sihat segar
bugar terus tiba-tiba tidak boleh berjalan, kena bertongkat, berkerusi roda,
tiba-tiba kena pasang tiub melalui hidung, telinga dan sebagainya, tiba-tiba
patah tengkuk dan terpaksa memakai anduh leher, malah ada yang terus RIB (rest in bed) dan tak boleh jumpa orang
ramai.
Jika penyakit ini menyerang otak,
pesakit meracau- meracau dan meronta-meronta sambil menyebut beberapa perkataan
berulang2 seperti "aku tak salah, bukan aku yang ambik dan aku tak
ingat".
Dikenal pasti juga biasanya
pesakit terdiri daripada golongan yg hidup mewah dan berkemampuan. Setakat ini
belum dijumpai pesakit dari golongan B40.
Pakar-pakar perubatan telah
mengkaji dgn teliti punca penyakit misteri ini dan menjumpai puncanya. Ia
bukanlah virus, bakteria atau fungi. Juga bukan sebab sel-sel yang tidak normal
seperti sel barah. Juga bukan sebab buatan orang atau makhluk halus.
Sebaliknya penyakit misteri ini
berpunca dari tindakan agen yang agresif yang diringkaskan kodnya kepada
SPRM...
Jangan marah...
Comments
Post a Comment