Dari Tamrin Tun Ghafar
( 1 - 22 )
1. A Kadir Jasin
mencadangkan kesemua Menteri Pakatan Harapan ( PH ) perlu ‘disekolahkan'.
2. Cadangan itu
berputik dari kekecewaan dan ketakutan beliau melihat apa yang sedang berlaku
di kalangan beberapa orang Menteri.
3. Bukan sahaja
beliau malah sudah ramai mereka yang menyokong PH termasuk diri saya sendiri
mula mempersoalkan kewibawaan dan prestasi sesetengah mereka yang telah diberi
peluang oleh Perdana Menteri itu.
4. Kerisauan beliau
ini ada asasnya :
i. Menampakan seolah
- olah mereka terlalu gelojoh untuk
menerima Bintang Gelaran sedangkan khidmat mereka baru sahaja menjangkau 6 bulan sejak PRU14 yang berlangsung pada 9hb
Mei lepas. Ia umpama murid yang baru ke sekolah, belum lagi duduk peperiksaan,
tetapi sudah beratur mengambil ‘certificate’.
Jika mengandung pun terpaksa menunggu 9 bulan sebelum
melahirkan anak.
ii. Prestasi mereka
tidak menyerlah dan menyakinkan, malah ada yang bertindak tanpa menggunakan
akal yang waras.
5. Dalam masa yang
sama pendirian Perdana Menteri pula agak berbeza dengan luahan Kadir; tapi ada
logiknya.
6. Sebagai Perdana
Menteri beliau terpaksa menampakkan pendirian mempertahankan Ahli Kabinetnya
dengan hujah walaupun terdapat beberapa orang Menterinya TIDAK membantu beliau
namum mereka tidaklah merompak dan menyamun harta negara.
7. Kepada saya teguran
dan pendirian kedua-duanya (A Kadir Jasin dan Perdana Menteri) adalah betul.
8. Menteri-menteri
yang dilantik dan pegawai - pegawai mereka pula kenalah menyesuaikan diri tanpa
terbawa - bawa tingkah laku lama iaitu dari Pembangkang kepada Pemerintah.
9. Rakyat sedang
meneropong setiap perkataan dan langkah
menteri dan pegawai - pegawai mereka.
10. Begitu juga
mereka yang berjawatan Menteri Besar dan EXCO khasnya; mereka tidak harus
bersikap kasar dan tidak menghormati pandangan masyarakat yang mengundi mereka.
11. Hentikan SERTA MERTA jika ada unsur - unsur salah guna
kuasa dan rasuah di kalangan mereka.
12. Selain dari itu,
mereka perlu senantiasa ingat bahawa mereka terhutang budi kepada rakyat yang
membolehkan mereka berkuasa, bukannya kepada Sultan dan keluarga atau kepada
Yang Di Pertua Negeri; malah ada Sultan dan ahli keluarga seperti Johor dan
Pahang dan Yang DiPertua Negeri Melaka yang berkempen untuk UMNO dan BN dalam
pilihanraya yang lepas
13. Tun Khalil Yaakub
umpamanya telah melawat beberapa Bilik Gerakan UMNO /BN dan memberi pandangan
serta rangsangan kepada petugas - petugas pilihanrayanya.
14. Perdana Menteri
harus mengambil tindakan terhadap mereka yang telah melanggar Perlembagaan.
15. Perlu diingatkan
jika rakyat boleh menumbangkan UMNO/ BN yang telah berkuasa selama 61 tahun ,
rakyat juga boleh menumbangkan Kerajaan PH pada Pilihanraya Umum akan datang.
16. Jika nak terus
berkuasa lebih lama lagi maka segala amalan buruk MESTI diberhentikan segera.
17. Saya mencadangkan
beberapa perjumpaan hati ke hati di antara semua Wakil Rakyat Dewan Undangan
Negeri dan Parlimen PH dengan Perdana Menteri
(retreat) diadakan dalam masa terdekat dan diikuti dengan sekurang -
kurangnya sekali setahun.
18. Politik cantas
mencantas, baling batu sembunyi tangan juga harus diberhentikan serta merta.
19. 'JANGAN SEBAB
NILA SETITIK , MAKA ROSAK
SUSU SEBELANGA’.
20. Biarlah semalam
berlalu untuk kecemerlangan Negara dan keselesaan rakyat pada hari ini dan
esok.
21. JANGAN KECEWAKAN
HARAPAN RAKYAT KHASNYA YANG TELAH
MEMBERI SOKONGAN KEPADA PAKATAN
HARAPAN.
22. Berkhidmat Untuk
Rakyat , Bukan Untuk Diri dan Keluarga.
Terima Kasih.
Comments
Post a Comment