Mahkamah minggu ini dijangka sibuk dengan beberapa pemimpin
UMNO dan bekas menteri era BN dijangka akan didakwa dengan beberapa pertuduhan
berkaitan rasuah.
Dilaporkan, DS Najib Razak bersama DS Rosmah Mansor serta seorang
bekas menteri akan didakwa berkaitan projek tenaga solar untuk sekolah-sekolah
di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.
Turut dikatakan akan didakwa berkaitan projek yang sama
ialah bekas pegawai khas Najib yang beberapa bulan sebelum ini pernah ditahan
reman untuk siasatan oleh SPRM.
Seorang lagi bekas menteri yang akan didakwa di mahkamah
minggu ini ialah berkaitan penjualan-penjualan tanah milik DBKL.
Seorang bekas timbalan menteri pula akan didakwa berkaitan
penyelewengan dana Finas berjumlah RM25 juta.
Seorang Ahli Parlimen BN
bergelar Datuk Seri turut akan didakwa kerana dipercayai mengutip
komisyen bagi projek-projek kerajaan berjumlah lebih RM3 bilion.
Selain itu, bekas Pengerusi Felda, Isa Samad diberitakan
akan juga didakwa minggu ini berkaitan penyalahgunaan kuasa berhubung pembelian
hotel di Sarawak pada tahun 2014 yang lalu.
Bermakna, minggu ini saja ada lapan individu berkaitan UMNO
dan BN akan didakwa di mahkamah.
Meriah!!! Sungguh!!! Pulun SPRM Pulun…
Comments
Post a Comment