Sebuah akhbar tempatan minggu
lepas menulis tentang bagaimana senangnya untuk pelancong dari China datang ke
Malaysia ini.
Seorang wartawan akhbar ini telah
pergi mendapatkan bahan berita itu hingga ke China sendiri.
Menarik cerita ini sebab masa
wartawan ini cuba sendiri buat permohonan atas talian bagi visa elektronik
semasa disana, dia berjaya dalam beberapa minit sahaja untuk mendapatkan
dokumen itu, walaupun gambar yang di muat naiknya gambar muka seekor beruk.
Kemudahan Electronic Travel
Registration & Informatian (eNTRI) untuk rakyat China memasuki Malaysia
tanpa visa bagi tempoh 15 hari didapati tidak menepati matlamatnya sebagai satu
sistem saringan atau tapisan awal, sebagaimana yang diuar-uarkan.
Sebaliknya, kemudahan itu dikesan
sekadar menyalurkan wang secara mudah kepada sebuah syarikat yang diberi hak
eksklusif oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menguruskannya pada 2016
sehingga sekarang.
Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd
(UKSB) yang diberi akses penuh untuk mengeluarkan eNTRI didapati membolot semua
hasil kutipan fi iaitu RMB160 atau RM100 untuk satu permohonan tanpa sedikitpun
menjadi hasil kerajaan.
Malah, urusan permohonan eNTRI
secara dalam talian dilakukan sambil lewa dengan kelulusan dalam masa cuma lima
minit dan aspek keselamatan negara nyata diabaikan apabila individu yang
disenarai hitam serta ada rekod jenayah turut diberi kelulusan masuk ke negara
ini.
Untuk rekod, eNTRI adalah kemudahan
pendaftaran atas talian disediakan kerajaan Malaysia untuk memudahkan kemasukan
warga China yang tinggal di Tanah Besar China ke Malaysia di bawah Program
Pengecualian Visa.
Untuk memiliki eNTRI pelancong
China perlu membayar wang pemprosesan atau fi sebanyak RMB160 (RM100) bagi
setiap permohonan yang hanya boleh dibuat melalui laman web www.windowmalaysia.my .
Sejak eNTRI diperkenalkan pada
Mac 2016 hingga September 2018, UKSB sudah mengutip lebih RMB329,337,280
(RM198,066,952) membabitkan kelulusan permohonan kepada 2,058,358 orang.
Difahamkan, UKSB juga melantik 20
ejen di seluruh China bagi menguruskan sistem permohonan eNTRI.
Bagi membuktikan ketirisan dan
kelemahan sistem ini, wartawan akhbar tersebut membuat permohonan eNTRI dengan
menyertakan foto seekor beruk, nombor tiket palsu dan alamat sebuah agensi
pihak berkuasa di Malaysia.
Dengan bantuan ejen pelancongan,
satu pasport palsu turut digunakan dan permohonan itu diluluskan kurang dari
lima minit sebaik fi dibayar.
Ini menunjukkan begitu mudah
borang kemasukan atau tapisan awal itu diberi tanpa mengambil kira foto, alamat
dan tujuan lawatan.
Laporan juga menyatakan, sejak
UKSB dilantik sebagai pengendali penuh kepada proses permohonan visa
termasuklah eNTRI, kebanyakan syarikat pelancongan di negara ini tidak lagi
mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan disebabkan pelbagai
masalah yang timbul termasuklah penipuan dan caj fi lebih tinggi daripada
sepatutnya.
Sesiapa sahaja boleh memohon
eNTRI ke Malaysia melalui Internet. Mereka hanya perlu melayari laman web khas
untuk mengisi data peribadi dan dokumen perjalanan lain yang dikehendaki
sebelum membuat bayaran. Kelulusan antara lima hingga 10 minit. Kadang-kala,
(kelulusan) tidak lebih lima minit selepas membuat bayaran.
Bayangkan, mereka yang disenarai
hitam kerana diusir dari Malaysia membuat pasport baharu dan melakukan
permohonan melalui eNTRI. Sediakan sahaja dokumen perjalanan seperti tiket,
malah tiket penerbangan palsu, pasti akan lulus
Kelemahan sistem berkenaan
menyebabkan ramai wanita China yang terbabit dengan sindiket pelacuran dan
disenarai hitam boleh masuk semula ke Malaysia.
Caranya, membuat pasport baharu
selepas diusir keluar dari Malaysia dan mendaftar melalui eNTRI untuk masuk
semula.
Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd
(UKSB) adalah pengendali tunggal menguruskan visa kemasukan pelancong China ke
Malaysia dengan kelulusan diberikan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Melalui pelantikan itu, setiap
pemohon visa Malaysia di China ke Malaysia perlu dipohon melalui UKSB selaku
Operator Pusat Sehenti untuk tujuan tapisan awal keselamatan.
Arahan awal itu dikuatkuasakan
bermula 1 Mac 2016 hingga 31 Disember tahun yang sama. Namun, pelaksanaan eNTRI
terus disambung setiap tahun sehingga kini.
Walaupun kerajaan Malaysia
memansuhkan fi visa untuk tujuan menarik pelancong China ke Malaysia, UKSB
mengenakan yuran pendaftaran sebanyak RMB160 (RM100) bagi setiap permohonan
eNTRI tanpa sebarang perolehan kepada kerajaan.
Sementara itu, SPRM telah membuat
pengesahan sedang menjalankan siasatan ke atas UKSB dilakukan sejak minggu
keempat September lalu dan kini sudah memasuki fasa ketiga.
SPRM telah mengambil keterangan
lapan kakitangan UKSB pihaknya turut merekodkan keterangan daripada 10 hingga
15 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) .
SPRM juga telah merampas satu
buku ‘faraid’ milik UKSB yang merekodkan pembayaran kepada pihak tertentu.
Siasatan mengikut Seksyen 16 dan
17 Akta SPRM 2009, Seksyen 4 Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan
Pembiayaan Keganasan (AMLA) dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan (KK).
KS: Apa khabar Wan Badak???
Comments
Post a Comment