Jabatan Audit Negara akhirnya
mengeluarkan kenyataan rasmi mengesahkan wujudnya arahan untuk meminda atau
mengeluarkan bahagian tertentu daripada laporan audit 1MDB pada tahun 2016 yang
lalu.
Arahan itu disahkan telah dibuat
oleh bekas Ketua Setiausaha Sulit DS Najib Razak, TS Shukri Salleh kepada Ketua
Audit Negara ketika itu yang turut disokong oleh Ketua Audit Negara, TS Ambrin
Buang oleh Bekas Ketua Setiausaha Negara, TS Ali Hamsa dan Bekas Ketua
Pesuruhjaya SPRM, TS Dzulkifli Ahmad.
Dengan kedudukan Shukri sebagai
pegawai kepada Najib untuk membuat arahan itu, sudah pasti beliau diarahkan
oleh "bossnya" iaitu Najib untuk berbuat demikian.
Terdapat dua bahagian daripada
laporan audit 1MDB yang diarah digugurkan oleh Shukri atas arahan Najib iaitu:-
SATU
Najib melalui Shukri telah mengarahkan agar digugurkan fakta
tentang akaun kewangan 1MDB yang berakhir
31 Disember 2014 daripada laporan audit tersebut.
Alasan yang diberi ialah untuk
memudahkan siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa.
Arahan itu diberi oleh Shukri dalam satu mesyuarat
pada 22 Februari 2016 yang antara lain dihadiri Ambrin Buang dan Ali Hamsa,
masing ketika itu sebagai Ketua Audit Negara dan Ketua Setiausaha Negara.
DUA
Najib melalui Shukri juga telah
mengarahkan agar disembunyikan fakta mengenai kehadiran Jho Low dalam mesyuarat
Lembaga Pengarah 1MDB daripada laporan audit yang disediakan itu.
Alasan agar fakta itu digugurkan
ialah ianya sensitif dan untuk mengelakkan diputar-belit oleh pembangkang.
Arahan itu dibuat dalam satu
mesyuarat pada 24 Februari 2016 yang dihadiri oleh Ali Hamsa, Shukri, Ambrin,
Arul Kanda bersama wakil daripada Pejabat Peguam Negara dan Kementerian
Kewangan.
Dengan pengesahan rasmi oleh
Jabatan Audit Negara berhubung wujudnya arahan untuk meminda laporan audit 1MDB
yang dibuat oleh Shukri atas arahan Najib, bermakna pelbagai penafian sebelum
ini termasuk oleh bekas Pengerusi PAC, Hassan Ariffin adalah terbatal sama sama
sekali.
Faktanya ialah laporan audit 1MDB
itu memang sah telah dipinda atas arahan dan kehendak Najib selaku Perdana
Menteri ketika itu.
Masihkah lagi Najib mahu "berauta" mengatakan beliau tidak
tahu menahu mengenai urusniaga 1MDB?
Sehubungan itu, Jabatan Audit
Negara telah pun membuat laporan kepada polis dan SPRM dengan menyerahkan
sekali Laporan Audit 1MDB yang belum dipinda untuk tindakan lanjut oleh
kedua-dua agensi penguatkuasa undang-undang itu.
Dalam hal ini - siapa
agak-agaknya yang akan turut serta jika Najib nantinya masuk ke penjara?
Mungkin empat Tan Sri ini akan bersamanya…
Comments
Post a Comment