BEKAS PEGAWAI KHAS TAK CERDIK, KALAU SAMUN PUN DAH JUTA-JUTA.... IKAT JAMIN KENA BERJUTA JUGA JUMLAHNYA!!
Bekas pegawai khas DS Najib Razak, Isham
Jalil mempertikai keputusan mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM1 juta
terhadap DS Rosmah Mansor yang dituduh menerima rasuah berkaitan projek solar
untuk sekolah-sekolah di Sarawak.
Turut didakwa bersama Rosmah hari
ini ialah bekas pegawai khasnya, Datuk Rizal Mansor yang juga dikenakan ikat
jamin sebanyak RM1 juta oleh mahkamah.
Isham mempertikai jumlah itu
kerana katanya, dalam pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan kepada DS Najib dan
Rosmah sebelum ini, pasangan itu sudah pun membayar sebanyak RM12.6 juta ikat
jamin kepada mahkamah.
Bro…bangun bro…bangun!!!...kalau
dah samun pun juta-juta, mestilah ikat jamin kena berjuta juga jumlahnya!!
Takkan nak kena ikat jamin
sebanyak RM5,000 saja macam orang curi makanan di pasaraya misalnya. Lagilah
tak logik nanti.
Lagi satu bro...janganlah tunjuk
sangat "tak cerdik" tu depan
orang ramai dengan mempertikai benda-benda simple macam ni!! Awak tu bekas pegawai
khas.
Comments
Post a Comment