Hari ini, 25 November 2018
bermakna sudah genab 200 hari Pakatan Harapan memerintah negara ini sejak
rakyat membuat keputusan menolak BN pada pilihanraya umum 9 Mei lalu.
Ini bererti hari ini usia
kerajaan baru mencecah usia pemerintahan selama 200 hari.
Tetapi, dalam tempoh 200 hari
ini, adakah Pakatan Harapan dan semua pemimpinnya masih ingat mengenai 10 janji
dalam manifesto 100 hari yang pernah mereka ikrarkan kepada rakyat sebelum
PRU14 lalu?
Daripada 10 janji itu, berapa
daripadanya yang telah ditunaikan dalam tempoh 100 hari sebagaimana yang
dijanjikan?
Selain menghapuskan GST dan
menstabilkan harga minyak serta beberapa janji lain yang hanya dilaksanakan
separuh-separuh, bagaimana dengan janji-janji yang lain?
Bilakah hutang-hutang tidak wajar
yang melibatkan peneroka Felda mahu dihapuskan sebagaimana dijanjikan,
sedangkan kawasan Felda telah menyumbang 19 kerusi Parlimen kepada Pakatan
Harapan?
Sudah berapa kali Pengerusi Felda
yang baru dilantik pernah turun ke tanah-tanah rancangan Felda?
Sebelum ini, barangkali ramai
yang setuju dengan alasan kerajaan baru ini bahawa kekangan kewangan serta
beban hutang yang tinggi adalah sebab mengapa 10 janji dalam tempoh 100 hari
itu tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Namun, mengapakah sebaik melepasi
tempoh 100 hari, tiada lagi pemimpin Pakatan Harapan yang bercakap mengenainya?
Bukankah sepatutnya, jika 10
janji itu tidak mampu dilaksanakan dalam tempoh 100 hari, mereka mesti cuba
pula menunaikannya dalam tempoh 200 hari, 300 hari dan seterusnya sehingga
akhirnya kesemua janji itu ditunaikan sepenuhnya?
Ibarat janji kepada bakal isteri
ketika bercinta, tidakkah jika ada janji yang tidak dapat ditunaikan sebaik
berkahwin, suami yang budiman tentunya akan terus berusaha menunaikannya sama
ada setahun, dua tahun atau lima tahun setelah mendirikan rumahtangga?
Tetapi, apa sudah jadi dengan
janji 100 hari itu sebenarnya?
Atau Pakatan Harapan dan
pemimpinnya yang ada jawatan dalam kerajaan sekarang sudah lupa mengenai janji
100 hari itu, di sebalik mula seronok dengan gaji puluhan ribu dan pelbagai
kemudahan lain yang dinikmati?
Tidak mengapa, jika pemimpin
Pakatan Harapan sudah lupa, KS dengan murah hati memperturunkan semula 10 janji
100 hari itu untuk tatapan serta renungan mereka.
Mudah-mudahan mereka tidak terus
lupa diri dan sentiasa ingat bahawa selain janji dalam tempoh lima tahun yang
perlu ditunaikan, 10 janji dalam tempoh 100 hari yang pernah diikrarkan juga
adalah janji yang wajib yang untuk ditunaikan.
Rakyat tidak lupa mengenainya.
Selepas 100 hari, mereka akan menunggu 200 hari, 300 hari dan seterusnya untuk
melihat bilakah janji itu akan menjadi kenyataan.
Mudah-mudahan dengannya
pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan juga insaf bahawa jika kerajaan BN yang sudah
berakar selama 61 tahun pun boleh ditumbangkan, menewaskan kerajaan yang hanya
berusia lima tahun pada pilihanraya umum di tahun 2023 akan datang adalah
ibarat mengunyah "kacang" saja mudahnya.
Comments
Post a Comment