Ingat azab kuburlah wahai pegawai
SPRM sekalian.
Kenapa perlu 45 pendakwaan yang perlu
dihadapi oleh DS Zahid Hamidi, malah lapan daripadanya paling menjadi sebutan
dan bualan, malah menjengkelkan orang ramai.
Kenapa SPRM sangat ‘kejam’ dengan
mendedahkan lapan pertuduhan tersebut ialah berkaitan dakwaan menerima rasuah
atau suapan daripada syarikat-syarikat yang memperolehi projek dengan
Kementerian Dalam Negeri di mana Zahid ketika itu adalah menterinya.
Jumlah wang yang dikaitkan dengan
lapan pendakwaan itu berjumlah RM21.25 juta.
Tindakan SPRM itu menyebabkan beberapa
macai-macai UMNO kepanasan...malah ada yang tercirit...sanggup menyamakan DS Mohd Shukri Abdull dengan binatang...tidakkah ini sudah melampau???
Macai-macai UMNO mendakwa dan mengatakan pendakwaan terhadap Presiden UMNO itu
adalah bermotif politik atau merupakan siasatan terpilih SPRM.
Terpilihkah siasatan SPRM???
Kepada macai-macai UMNO, KS nak
tanya, apakah memang menjadi amalan atau perkara biasa bagi seseorang menteri
menerima wang daripada syarikat-syarikat yang diberikan projek oleh sesebuah
kementerian?
Tidak bolehkah jika mereka tidak menerimanya?
Apakah yang benar-benar mendorong
seseorang menteri itu sanggup mengambil wang tersebut, sedangkan ia bukanlah
wang yang halal yang sudah tentu bukan sukar pula untuk menentukan halal
haramnya?
Apakah seseorang yang menjadi
menteri benar-benar memerlukan banyak wang untuk membiayai aktiviti politik
mereka?
Ada juga yang mempersoalkan, di
manakah keikhlasan para menteri itu dalam memberi khidmat kepada rakyat dan
negara jika selain mereka sudah menerima gaji, elaun dan pelbagai kemudahan
yang lumayan, tetapi masih sanggup menerima duit suapan daripada
syarikat-syarikat yang diberikan kontrak oleh kementerian?
Patutlah para menteri, keluarga
dan anak isteri mereka selama ini mampu hidup bergaya dengan pakaian serta
barangan berjenama mahal sentiasa melakat di badan sepanjang masa.
Di sebalik itu, apakah
menteri-menteri lain atau semua menteri selama ini mengamalkan perkara yang
sama?
Untuk itu, demi berlaku adil
kepada Zahid dan untuk mengelakkan wujudnya tanggapan bahawa pendakwaan
terhadap Presiden UMNO itu bersifat politik atau merupakan pendakwaan terpilih,
apa yang berlaku ini harus membuka ruang yang lebih luas…lebih adil dan terbuka
kepada SPRM untuk menyiasat semua bekas-bekas menteri era BN dahulu.
SPRM perlu menyiasat kesemua
mereka...bukan apa ingat azab kubur seperti ingatan macai-macai UMNO tu…
Siasatlah harta, rumah, kereta,
segala kekayaan keluarga, wang dalam simpanan, wang dalam yayasan yang
ditubuhkan di kawasan Parlimen masing-masing serta semua syarikat yang pernah
diberikan projek ketika mereka menjadi menteri, hendaklah disiasat dengan
sedalam-dalam dan setelus-telusnya.
Jika terbukti ada kesalahan atau
kecurangan yang dilakukan, maka mereka juga wajar dibawa ke mahkamah untuk diadil
sebagaimana Zahid.
Barangkali dengan tindakan
tersebut, ia bukan saja dapat membongkar kekayaan hidup para menteri yang
selama ini tidak diketahui oleh rakyat, bahkan dapat juga mengikis tanggapan
hanya pemimpin tertentu saja yang didakwa di mahkamah.
Jika semua sudah didakwa, di mana
lagi boleh dikatakan siasatan SPRM bersifat terpilih?
Lebih daripada itu, tindakan SPRM
dalam hal ini turut mampu memberi peringatan kepada menteri-menteri era Pakatan
Harapan yang ada sekarang agar mereka juga jangan sesekali berlaku curang dalam
tugas dan amanah yang telah diberikan.
Kalau tidak, setelah tidak
menjadi menteri nanti, nasib yang serupa juga akan menimpa mereka dan terpaksa
berdepan dengan anak cucu untuk membersihkan air muka yang sudah tercalar itu.
KS: SPRM dah ‘sediakan’ baju oren…tak
perlulah bazirkan beli baju oren… Kita tengok siapa pula yang tak lepas EXAM SPRM MINGGU INI???
Comments
Post a Comment