Apakah nasib Mr. Presiden, DS Zahid
Hamidi hari ini??? Apa pula nasib UMNO selepas ini???
Zahid telah diberi notis supaya
hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya hari ini pada jam 3.00 petang untuk soal
siasat seterusnya terhadap kes melibatkan dirinya.
Dipercayai soal siasat kali
keenam ini akan disusuli dengan pendakwaan di mahkamah pada pagi Jumaat.
Zahid disiasat SPRM berkaitan
penyalahgunaan dana Yayasan Akal Budi untuk membayar kad kredit peribadi dan
isterinya, selain tentang pertemuannya dengan waris keluarga Diraja Arab Saudi
yang dikatakan menderma RM2.6 bilion kepada DS Najib Razak.
Adakah ini bermakna, Zahid bakal
bermalam di lokap SPRM pada malam ini di mana dari situ beliau akan terus
dibawa ke mahkamah untuk proses pendakwaan???
Jika benar, bermakna Zahid bakal
menjadi Presiden UMNO yang pertama dalam sejarah 72 tahun parti itu yang pernah
ditahan dilokap SPRM dan seterusnya didakwa di mahkamah.
Ini benar-benar suatu catatan
sejarah ‘gemilang’ sepanjang kewujudan UMNO sejak tahun 1946.
Apakah Zahid rela nama UMNO
tercemar atas pendakwaan terhadap dirinya atau beliau akan meletakkan jawatan
sebelum didakwa di mahkamah Jumaat ini untuk mengelakkan nama UMNO terkait sama
dengan kes yang melibatkan dirinya?
Jika sebelum ini, Najib telah pun
lebih dulu mencipta sejarah sebagai bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden
UMNO yang pertama pernah didakwa di mahkamah.
DS Rosmah Mansor pula mencipta
sejarah sebagai isteri bekas Perdana Menteri pertama yang pernah didakwa di
mahkamah.
Najib dan Rosmah sehingga ini
sudah dihadapkan dengan 49 pertuduhan di mahkamah dan dipercayai lebih banyak
pertuduhan lagi bakal menanti mereka berdua.
Bagaimanapun, oleh kerana Najib
bukan lagi sebagai Perdana Menteri serta sudah melepaskan jawatan Presiden UMNO
ketika didakwa di mahkamah, nama parti itu tidaklah begitu tercemar berbanding
kedudukan Zahid yang masih memegang jawatan Presiden UMNO ketika kesnya
dijangka disebut di mahkamah pada Jumaat ini.
Apa pilihan Zahid? Selamat ber'check-in' di Hotel SPRM...
KS: Mana bukti wang rampasan RM116.7 juta itu duit UMNO itu
Wak Jahid??? Kalau tiada bukti…sahlah tu wang rakyat…jadi wajarlah wang
tersebut disalurkan untuk kebajikan rakyat…
Comments
Post a Comment