Rasuah adalah ‘ibu’ kepada
jenayah lain dan keadaan di Malaysia memerlukan hukuman sebat mandatori itu
dilaksanakan.
Banyak jenayah lain yang berlaku
di Malaysia seperti menipu, rompakan, pendatang tanpa izin, penyeludupan, judi
dan baru-baru ini, arak haram.
Ini semua lahir kerana rasuah
berlaku. Kesalahan menipu pun dikenakan hukuman sebat, inikan pula rasuah yang
lebih ‘jahat’ dan sebab itu, kita kena ambil serius.
Itulah luahan KP SPRM DS Mohd
Shukri Abdull.
KS senada dengan Shukri Abdull…malah
hukuman sebat mandatori terhadap pesalah perlu disegerakan.
Hukuman sebat adalah salah satu
hukuman yang amat menyakitkan…
Hukaman sebat digubal dalam
undang-undang Malaysia dengan tujuan supaya pesalah yang melakukan
kesalahan serik dan tidak lagi berani malakukan kesalahan yang sama pada masa
hadapan.
Sebahagian daripada pesalah lebih
rela menukarkan hukuman satu sebatan kepada penjara empat bulan, lantaran tidak
sanggup menahan azab sebatan.
Ini kerana sebatan tersebut akan
mengakibatkan luka luar dan dalam.
Malah luka akibat sebatan ini
mengambil masa lebih daripada sebulan lebih untuk sembuh keseluruhan.
Parutnya akan kekal
selama-lamanya…
Kesakitannya dikatakan amat
sakit, berdenyut-denyut ke seluruh tubuh.
Takutkan...tapi sebat tidak sewajarnya
dilihat sebagai hukuman semata-mata, ia sebahagian daripada kaedah mendidik dan
memberi pengajaran.
Perbuatan menghukum dengan cara
sebegini turut disebut dalam al-Quran dan hadis… Islam sebagai agama yang
memberi rahmat kepada semua makhluk, setiap ajaran itu mempunyai nilai
kesejahteraan kepada alam ini.
Ia termasuklah peraturan dan
hukuman terhadap pesalah. Antara hukuman yang diperuntukkan ialah hukuman
sebat.
Maka begitu jugalah dengan kes
sebatan membabitkan pesalah rasuah.
Ia dikenakan sebagai hukuman bagi
kesalahan jenayah yang menyentuh maruah, akal dan amanah.
KS tegaskan, tujuan sebatan
bukanlah untuk mencederakan, menyeksa atau memudaratkan pesalah, sebaliknya ia
adalah proses mendidik kepada pesalah dan masyarakat awam supaya gerun untuk
melakukan ibu segala jenayah sekali gus dapat mencegahnya.
Sentiasa berlapang dada dan kerajaan
perlu bersedia dalam merealisasikan perkara ini.
KS: Mak cik-mak cik yang suka berbaju oren ini tak takut disebat
ke???sakit bontot ooo…silap-silap sebulan tak berak!!!
Comments
Post a Comment