Sudah lebih sebulan didakwa di
mahkamah berkaitan penggubahan wang
haram kerana menerima sejumlah RM2.6 bilion melalui akaun bank peribadinya, DS Najib
Razak masih cuba mengeluh secara terbuka mengenai nasib yang menimpa dirinya.
Malah hari ini beberapa lagi
pertuduhan pecah amanah terhadap beliau dan juga TS Irwan Serigar bakal diperdengarkan
kepada umum di mahkamah hari ini. Bukankah sepatutnya ketika ini beliau
seharusnya menumpukan sepenuh perhatian untuk membela dirinya di mahkamah saja?
"Bila saya dapat RM2 bilion
saya didakwa, bila saya pulangkan RM2 bilion pun saya didakwa.
"Ini agak pelik, orang
pulangkan duit kena dakwa," kata beliau berhubung 21 pertuduhan
penggubahan wang haram yang dikenakan terhadapnya berkaitan dana RM2.6 bilion
itu.
Daripada apa yang diluahkah Najib
itu, jelas beliau sekali lagi cuba mengelirukan rakyat dan menunjukkan
seolah-olah dirinya suci bersih dan tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Najib sebenarnya bukan tidak
sedar mengenai salah lakunya, tetapi cuba buat-buat tak faham berhubung
kemasukan dan pemulangan semula wang itu.
Untuk makluman Najib, jika kita
mencuri atau menerima rasuah misalnya, kesalahan kita tidak akan terhapus hanya
kerana kita memulangkan semula duit yang dicuri atau diterima secara rasuah
sebelum itu.
Pencuri motorsikal tetap bersalah
mencuri meskipun jika beberapa bulan kemudian memulangkan semula motorsikal
yang dicurinya.
Lebih-lebih lagi dalam kes Najib
itu, beliau menerima wang tersebut pada Mac 2013, namun hanya memulangkannya pada
Ogos tahun yang sama.
Mengapa mesti mengambil masa lima
bulan untuk memulangkannya?
Selain itu, fakta mengenai jumlah
yang disebut Najib juga tidak tepat sebenarnya.
Jumlah wang yang dikatakan derma
daripada keluarga Diraja Arab Saudi yang diterima Najib adalah berjumlah RM2.6
bilion tetapi yang dipulangkan cuma RM2.3 bilion atau dalam dolar AS, wang
diterima berjumlah AS681 juta, manakala yang dipulangkan hanya AS$620 juta
saja.
Kenapa jumlah yang dipulangkan
berkurangan dan ke mana selebihnya ia digunakan?
Mengapa Najib tidak pernah
menyebut mengenai kekurangan jumlah wang yang dipulangkannya itu?
Yang lebih menghairankan, malah
seluruh dunia pun tahu dan pelik dengannya, jika benar wang RM2.6 bilion itu
didermakan oleh keluarga Diraja Arab Saudi, mengapa ia dimasukkkan melalui
Tanore Finance yang dipunyai oleh Jho Low bersama Eric Tan Kim Loong?
Malah, ketika memulangkannya pun
Najib memasukkan semula RM2.03 bilion itu kepada Tanore Finance semula?
Mengapa tidak dipulangkan terus
kepada anak Raja Arab yang memberi derma itu?
Kenapa mesti dipulangkan kepada
syarikat kepunyaan Jho Low juga?
KS: Berapa pula pertuduhan hari
ini??? Dengar2 nilai pertuduhan pecah amanah hari ini mencecah lebih RM6 bilion…pecah amanah ni lebih kurang macam mencuri jugak kan...apa
lagi….joget…jangan tepukkkk jer...
Comments
Post a Comment