GOOD LUCK MR. PRESIDENT!!! EXAM SPRM KALI KETIGA BUAT WAK JAHID????



Setiausaha Agung UMNO, TS Annuar Musa melalui facebooknya telah menulis menulis seperti berikut:-

WASIAT PERJUANGAN

Kiranya seorang dari kami di saf depan tumbang atau di tawan, pimpinan berikut hendaklah tampil menjulang obor perjuangan..dan kiranya pengganti juga tumbang, hendaklah yg di belakang mara ke depan..

Dan kiranya perjuangan ini mereka haramkan, jangan sesekali kita menyerah. Perjuangan kerana ALLAH tidak boleh kalah atau patah. Kita adalah Khalifah dan di belakang kita ada sejarah....

Hunuskan pedang perjuangan walau dengan gigi dan lidah..atau melalui sebatang pena dan jari jemari yg patah...terus BERJUANG

Jangan di jual atau gadai perjuangan dgn harga yg murah..

BERISTIQAMAH MENENTANG KEZALIMAN DAN PENINDASAN..jangan sesekali mengalah..

Apa lagi undur atau menyerah kalah!!!!

Salam Perjuangan!!

TSAM SUA
UMNO MSIA
8/10/18


Hari ini… Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi dipanggil ke SPRM, bagi menghadapi peperiksaan tersohor tahun ini… Exam SPRM…

Kali ini dengarnya Zahid akan menjawab Exam SPRM Bersama dua lagi ahli keluarganya…Siapa dua orang tersebut??? Tunggu dan lihatlah nanti.

Sebelum ini, beliau telah dua kali memberi keterangan kepada SPRM dan hari ini adalah kedatangannya buat kali yang ketiga ke agensi pencegahan rasuah itu.

Presiden UMNO itu disiasat berhubung penggunaan dana Yayasan Akal Budi untuk membayar kad kredit peribadinya dan berkaitan pertemuannya dengan waris keluarga Diraja Arab Saudi yang didakwa menderma RM2.6 bilion kepada Najib Razak.

Persoalan yang menjadi tanda tanya ramai sekarang ialah apakah nasib Zahid hari ini?

Bolehkah Zahid jelaskan penggunaan kad kredit yang berakhir dengan empat nombor iaitu 3337, 0344 dan 3788. Yang bank mana satu?..Tidak perlulah KS bagitau...

Adakah beliau hanya diambil keterangan saja dan kemudian boleh pulang ke rumahnya?

Ataukah selepas sesi diambil keterangan, beliau akan terpaksa bermalam di lokap SPRM sebelum dibawa ke mahkamah pada Khamis untuk pendakwaan seperti yang dialami oleh DS Najib Razak dan juga DS Rosmah Mansor, minggu lalu?

Satu lagi persoalan, selepas Zahid, siapa pemimpin UMNO seterusnya yang bakal mengadap SPRM dalam waktu terdekat ini???

Kenapa KS memetik facebook Annuar Musa??? Mungkin hint untuk dia, rajin-rajinlah study soalan SPRM…manalah tau dijemput sekali lagi menjawab soalan kes MARA…wasiat pun dah ditulis...

KS: Wes Mangan Wak Jahid???..jangan lupa call Najib & Rosmah minta tips jawap Exam SPRM..good luck Mr Presiden!!!

Comments