Di saat-saat genting ketika Azeez
Rahim bakal dihumban ke penjara kerana kesalahan membalun berjuta-juta duit
rakyat, konco-konconya terus cuba menyelamatkannya dengan memutar belit
cerita..
Modus operandi sama seperti
sebelum ini iaitu dengan cuba memporak perandakan SPRM...
Mereka tahu jika SPRM tidak dimusnahkan,
maka makin banyak lagi kemungkaran bakal terbongkar...
Jika dalam kes 1MDB, mereka
hantar TS Dzul mengetuai SPRM bagi melancarkan misi menghancurkan SPRM dari
dalam, kali ini mereka mencuba dari luar pula..
Caranya ialah melakukan character
assasins terhadap orang nombor 1 dan 2 SPRM iaitu DS Shukri dan DS Azam...sebab
apa?..dua orang inilah penggerak utama bagi membongkar kemungkaran mereka...
Dalam keadaan terdesak, selepas
saudara mara dan anak Azeez diangkut SPRM, konco-konco Azeez terus menuduh
kononnya DS Azam antara orang menerima duit dari Azeez bagi menutup kes.
Mereka cuba menutup kisah duit
cash RM350,000 yang diberi oleh Azeez kepada TS Dzul menerusi perantaraan
Saiful Ezral...sebab perkara inilah konco-konco Azeez terus menyerang SPRM...
Ini bukan rekaan, Azeez sendiri
mengaku mengenai perkara ini.
Mereka tahu, TS Dzul juga bakal
berbaju oren selepas ini, maka tiada lagilah 'punaisihat' mereka...maka disaat
getir inilah mereka akan bom habis-habisan...
KS ingatkan semula zaman
kegemilangan Azeez, mamak berkelulusan darjah enam ini telah menguasai semua
pegawai tinggi dari Ketua Pengarah dan ketua jabatan.
Bekas KSN dan Bekas Ketua Setiausaha
Perbendaharaan semuanya dalam tangan Azeez kerana mereka dalam satu kapal
mamak.
Sebagai Pengarah Eksekutif AVP
ENGINEERING (M) SDN. BHD pula, peranan Azeez sangat besar sehingga boleh
mendapatkan projek ratusan juta secara
RUNDINGAN TERUS seperti membekal 100
unit Fire Rescue Tender (FRT) C/W
Fitting and Accessories kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bernilai
RM 186,115,700.00 (186 juta).
Tapi itu dulu, siasatan Azeez
kini sudah hampir selesai...sampai masanya nanti dia akan dituduh..terlalu
hampir...
Tapi dalam cerita Azeez ini,
muncul juga cerita lain kerana ada juga orang dalam SPRM yang mengambil
kesempatan dalam isu Azeez ini untuk mencantas orang atasan SPRM..
Yang ini biarlah KS ceritakan
kemudian, kerana puak-puak wayang kulit ini masih dalam perhatian.
Cuma KS tertanya-tanya, apa yang
mereka taasub sangat untuk menguasai SPRM bersama puak-puak mereka.
KS: Set kito jange pecoh!!! Amerika Mung!!!
Comments
Post a Comment