Hari ini 11 Oktober…Duit dah
habis??? Nak guna duit mana lagi???
Almaklumlah DS Najib Razak dan DS
Rosmah Mansor sehingga ini sudah dihadapkan dengan 49 pertuduhan di mahkamah
berkaitan skandal SRC International, RM2.6 bilion dan 1MDB.
Daripada jumlah itu, Najib
berdepan 32 pertuduhan, manakala selebihnya iaitu 17 pertuduhan adalah
melibatkan Rosmah.
Dengan pertuduhan sebanyak itu,
wang jaminan yang terpaksa dibayar oleh kedua-dua mereka ialah sebanyak RM6.5
juta.
Baru-baru ini, anak perempuan
Najib, Nooryana Najwa mengeluh kerana ibu dan bapanya terpaksa menggunakan wang
simpanan peribadi dan meminta bantuan saudara mara untuk membayar ikat jamin,
selain bagi bayaran yuran guaman yang turut dipercayai berjumlah berjuta-juta
juga banyaknya.
Beberapa bulan kebelakangan ini
adalah masa yang sangat mencabar bagi emak dan ayah, kata beliau.
Sebenarnya, tiada apa yang perlu
dikeluhkan sangat oleh anak Najib yang dikenali dengan panggilan Gina itu.
Apa yang dilalui oleh ayah dan
ibunya adalah proses biasa bagi sesiapa juga yang berdepan dengan tindakan
mahkamah, malah orang lain ada yang lebih sengsara lagi.
Jika bukan menggunakan wang
simpanan dan meminta bantuan saudara mara, apakah ada cara lain lagi?
Apakah anak Najib mengharapkan
ada sesiapa yang sudi menolong untuk membayarkan wang jaminan dan yuran guaman
untuk ayah dan ibunya?
Tetapi, bukankah Najib dan Rosmah
masih dikira beruntung kerana sehingga ini tetap mampu membayar ikat jamin dan
melunaskan yuran guamannya?
Sekurang-kurangnya ia bermakna
Najib ada wang simpanan yang banyak dan ramai saudara-mara yang sudi
membantunya.
Bayangkan orang lain yang tiada
simpanan dan tidak ada juga saudara-mara yang mahu membantu di mana akhirnya
mereka terpaksa bermalam di lokap menunggu hari perbicaraan.
Untuk itu, tak usahlah beliau
mengeluh dan cuba meminta simpati, tambahan lagi skandal 1MDB yang melibatkan
ayah dan ibunya itu telah menjadi sebutan di seluruh dunia.
Fikirkanlah sama kesan skandal
1MDB itu kepada rakyat dan negara yang mungkin bertahun-tahun terpaksa
menanggung bebannya.
Comments
Post a Comment