Alhamdulillah, semua pihak tentunya menyokong usaha SPRM
memerangi rasuah sebagaimana yang ditegaskannya itu, dengan syarat ia mestilah
dilakukan dengan jujur, ikhlas dan tanpa memilih bulu.
Bila sebut jujur, ikhlas dan tanpa memilih bulu tiba-tiba
teringat pada TS Dzulkifli Ahmad… Bekas KP SPRM.
Ada dua perkara dalam isu yang melibatkan DZ dan penjelasan
yang hingga kini masih belum terjawab…
Pertama,
Penyebaran video skandal beliau Bersama isteri orang ketika
itu… Sehingga kini beliau sebenarnya masih tidak menjawab persoalan-persoalan
yang sedang bermain di fikiran masyarakat.
Antaranya, beliau masih
tidak menjelaskan sama ada benar atau tidak dirinya mempunyai hubungan
intim dengan wanita berkenaan yang didakwa ketika itu masih lagi bersuami dan
betulkah juga gambar-gambar yang
tersebar mengenai percutiannya ke Bali itu?
Daripada satu segi, mendedahkan keaiban orang lain memanglah
suatu perbuatan yang tidak baik, tetapi mempunyai hubungan terlarang dengan
wanita lain, apa lagi jika benar sudah bersuami dan dalam wibawa sebagai Ketua
Pesuruhjaya SPRM ketika itu yang disanjung tinggi oleh masyarakat sehingga
diberi penghormatan menyampaikan khutbah Jumaat mengenai rasuah, tentulah juga
suatu tingkah laku yang kotor dan jijik.
Kalau "ya", katalah "ya" dan kalau
"tidak", katalah "tidak" berserta dengan hujah dan bukti-buktinya
sekali.
Kiranya DZ hanya lelaki biasa dan tidak memegang apa-apa
jawatan penting dalam kerajaan, menjalin hubungan dengan siapa pun barangkali
adalah hal peribadinya, tetapi memandangkan jawatan dan kedudukannya ialah
untuk "membersih dan menanggalkan kekotoran" dalam masyarakat, dari
segi moralnya beliau mestilah juga seorang yang bersih dan dilihat bersih
terlebih dahulu.
Jika tidak, bukan saja tugasnya sebagai Ketua Pesuruhjaya
SPRM ketika itu tidak lagi dihormati, malah tentu saja tiada mana-mana akan
mengundangnya membaca khutbah Jumaat lagi selepas ini.
Kedua,
Jika benar penyebaran video berkenaan merupakan taktik kotor
dan jijik untuk membunuh karektornya sebagai panglima dalam memerangi rasuah di
negara ini ketika itulah, siapakah yang paling mungkin melakukan perbuatan itu?
Adakah ia dilakukan oleh parti-parti politik seperti dakwaan
sesetengah pihak yang kononnya mulai gentar atas ketegasan DZ?
Jika demikian, antara pemimpin UMNO dan kerajaan,
pegawai-pegawai awam, mereka dalam GLC, orang yang dekat dengan menteri dan
dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin politik lain, siapakah yang lebih ramai
disiasat dan ditangkap oleh SPRM ketika ini?
Parti manakah yang diketahui pernah menyuarakan kebimbangan
mengenai ketegasan DZ dalam menangkap orang-orang tertentu dan dikaitkan dengan
keputusan pilihanraya akan datang dalam mesyuarat tertingginya, selain daripada
UMNO?
Jika diteliti juga, tidakkah pemain media sosial pro UMNO
sendiri yang mula-mula menyebarkan video berkenaan sambil menuntut DZ agar
tampil memberi penjelasan dan kemudiannya menyarankan beliau supaya bercuti
buat sementara untuk menyelesaikan kes peribadinya itu?
Atau video berkenaan disebarkan oleh pihak-pihak lain yang
tiada kaitan dengan SPRM atau usaha memerangi rasuah, tetapi lebih bersifat
peribadi???
KS: Apa khabar Saiful Ezral???
KS: Apa khabar Saiful Ezral???
Comments
Post a Comment